PUTRAJAYA, 20 MEI – Majlis Pemakaian Pangkat Penguat Kuasa Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diadakan di ruang legar Aras 11, Ibu Pejabat Maritim Malaysia pagi tadi.
Seramai 21 pegawai telah menerima pemangkuan pangkat, namun untuk makluman hanya Pegawai Penguat Kuasa Maritim yang bertugas di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Stesen Udara Maritim Subang serta Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan sahaja yang terlibat dalam majlis pagi tadi.
Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) melaksanakan Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.
Majlis dimulakan dengan tujuh orang Penerima Pemangkuan Pangkat bagi Komander Maritim dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) di mana kesemua penerima Gred T20 (Penerbang) dianugerahkan Pingat Kesatria Maritim Malaysia (K.M.M).
Seterusnya, majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat bagi Leftenan Komander Maritim Gred T18 dan Leftenan Maritim Gred T16.
Seusai upacara pemakaian pangkat, wakil penerima iaitu Penolong Pengarah Cawangan Keselamatan, Piawaian dan Kesiagaan, Bahagian Operasi Udara Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Komander Maritim Mohamad Azrol bin Saidi dijemput untuk menyampaikan ucapan.
Kemudian disusuli dengan ucapan amanat daripada Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.
Tahniah dan syabas serta selamat menjalankan tugas kepada kesemua yang menerima pemankuan pangkat.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

























.svg.png)

