window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); ZON MARITIM LABUAN | LAWATAN KERJA PEMANGKU TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI MARITIM MALAYSIA
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

ZON MARITIM LABUAN | LAWATAN KERJA PEMANGKU TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI MARITIM MALAYSIA

LABUAN, 23 MEI – Pengarah Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim yang turut menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Zon Maritim Labuan pada 21 Mei 2024.

Ketibaan beliau disambut dengan Kawalan Kehormat Setempat (KKS) dan diiringi oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik bersama Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Hj. Idros.

Lawatan kerja itu bertujuan untuk mempengerusikan mesyuarat sewaan fasiliti bagi penempatan pesawat udara Maritim Malaysia melalui Jawatankuasa Ruang Pejabat (JRP).

Lawatan tapak Fasiliti dan Hangar milik MHS Aviation Berhad (MHS) dan HAS International Sdn. Bhd bertempat di Lapangan Terbang Labuan turut dibuat.

Turut sama dalam lawatan ialah Pengarah Bahagian Pembangunan, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly, Timbalan Pengarah II Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Operasi Udara, Kepten Maritim Ragu a/l Sundarajan dan wakil dari Bahagian Aset Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohammad Al Amin bin Hashim.

Selain itu, turut terlibat sama dalam mesyuarat tersebut ialah wakil dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Wilayah Persekutuab Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Putrajaya, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Labuan, HAS Hangar dan MHS Hangar.

Selesai mesyuarat, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli turut menyampaikan amanat kepada warga Zon Maritim Labuan.

Antara inti pati ucapan yang disampaikan ialah mengenai kebajikan dan kesejahteraan warga Maritim Malaysia yang akan lebih dititik beratkan di samping nasihat untuk kekal fokus dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

 

LAWATAN LABUAN   LAWATAN LABUAN 2
     
LAWATAN LABUAN 3   LAWATAN LABUAN 5
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC