22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

PENGGARAPAN ELEMEN EKSESAIS DALAM PTKK LIBATKAN EMPAT KAPAL DI PERAIRAN SANDAKAN

SANDAKAN, 5 Mac – Empat kapal Maritim Malaysia iaitu dua dari Zon Maritim Sandakan, satu dari Maritim Negeri Sabah dan satu lagi dari Zon Maritim Tawau telah melaksanakan Penilaian Tahap Kesiagaan dan Kecekapan Kapal (PTKK) di perairan Sandakan bermula dari 29 Februari hingga 4 Mac (Isnin).

Aset-aset itu ialah KM KOTA BELUD dan KM KIDURONG (ZM Sandakan), KM MEMMON (MN Sabah) dan KM PINTAR (ZM Tawau) manakala Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony bertindak selaku ketua penilai pada sesi ini.

Tujuan PTKK ini dilaksanakan adalah untuk menilai tahap kesiagaan dan kecekapan warga kapal bagi menentukan kapal dapat beroperasi dengan cekap dan berkesan merangkumi pelaksanaan pengendalian tatacara evolusi, peralatan dan langkah-langkah keselamatan semasa melaksanakan operasi di laut mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Kapal-kapal yang melaksanakan PTKK pada kali ini telah digarapkan susun atur penjadualan yang agak sedikit berbeza oleh Seksyen Latihan Operasi (SLOP), Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Ibu Pejabat Maritim Malaysia dengan menekankan kerjasama berpasukan dan kepimpinan.

Sebanyak 21 latihan telah disusun mengikut keperluan operasi merangkumi indeks dan latihan berpasukan (ship in company) bertujuan untuk memupuk kerjasama berpasukan, mendidik cara untuk menangani situasi kecemasan di laut, melestarikan kemahiran evolusi dan taktikal di laut serta melatih bagaimana cara mengurus dan mengekang ancaman di laut.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin.

Kesemua kapal telah menunjukkan komitmen dan sangat positif semasa melaksanakan latihan walaupun menghadapi pelbagai rintangan seperti cuaca buruk dan ada kapal yang mengalami kerosakan pada peralatan tetapi berjaya mengikuti latihan seperti yang dirancang.

 

PTKK SANDAKAN 3   PTKK SANDAKAN 5   PTKK SANDAKAN 7   PTKK SANDAKAN 6

1,500 PENGUNJUNG SERTAI FUN RUN KMP 2024

KUALA TERENGGANU, 2 Mac – Seramai 1,500 orang peserta terdiri daripada masyarakat setempat dan pelancong telah menyertai acara Fun Run sempena Karnival Maritim Perkasa 2024 (KMP2024) di Dataran Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu di sini hari ini.

Pengarah Komunikasi Korporat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Faridah Shuib berkata, selain mempromosikan gaya hidup sihat, acara ini dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim antara masyarakat dengan pihak Maritim Malaysia.

Jelas beliau lagi, program yang diadakan juga secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada para peserta menikmati keindahan panorama Drawbridge Kuala Terengganu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Fun Run Karnival Maritim Perkasa 2024.

Majlis pelepasan Fun Run berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi Maritim Berhad, Laksamana Madya Maritim (Bersara) Datuk Haji Ibrahim bin Haji Mohamed.

Disertai oleh pelari terdiri daripada pelbagai peringkat umur se-awal lima hingga 72 tahun, acara Fun Run ini telah bermula se-awal jam 7.00 pagi dengan pendaftaran peserta dan diikuti senamrobik.

Para peserta kemudiannya merentasi trek larian sejauh lima kilometer mengelilingi kawasan Drawbridge Kuala Terengganu.

Turut disediakan sebanyak 20 cabutan bertuah buat peserta yang menyertai acara larian ini dan pemenang telah menerima hadiah hamper bernilai RM50 setiap seorang. Manakala pemenang hadiah utama telah membawa pulang sebuah perkakasan dapur elektronik berupa Air Fryer yang telah dimenangi oleh seorang peserta wanita.

Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana impak positif yang dihasilkan adalah besar dalam jangka masa panjang.

 

FUN RUN KMP 2024 3   FUN RUN KMP 2024 4   FUN RUN KMP 2024 8

RESCUE DIVER EXERCISE-1 (APMM) – JICA 2024

LUMUT, 1 Mac – Pasukan Tindakan Khas (STAR Team) Maritim Malaysia dengan kerjasama Japan International Cooperation Agency (JICA) telah mengadakan Rescue Diver Exercise-1 (REDEX-1) selama 12 hari bermula dari 19 Februari sehingga 1 Mac di sekitar Perairan Pulau Pangkor dan Lumut.

Majlis penutup eksesais itu telah dirasmikan oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Syukri Bin Khotob dan dihadiri oleh Pegawai Memerintah Kapal dan Pegawai Seksyen Operasi Maritim Negeri Perak.

Tujaun ReDEX-1 ini adalah sebagai satu kerjasama di antara Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) sebagai nilai tambah dan meningkatkan kemahiran Penyelam Penyelamat Maritim Malaysia.

Seramai 18 penyelam Penyelamat Maritim Malaysia dan lima penyelam dari Japan Coast Guard (JCG) terlibat dalam latihan bersama ini.

Selain latihan fizikal selaman, juga diadakan seminar, perbincangan serta praktikal di laut dengan menggunakan fasiliti dari Jabatan Perikanan Negeri Perak dan aset-aset Maritim Malaysia sebagai platform latihan.

Antara teknik yang diaplikasikan dalam latihan bersama itu adalah; teknik pencarian bawah air, menyelamat mangsa dari bawah air di samping menerapkan teknik berfikir secara kritikal dan kritis untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.

Menerusi program ini, diharapkan tugasan bawah air yang dilaksanakan kelak sama ada Maritim Malaysia dan JCG akan dilakukan dengan lebih baik dalam usaha menjaga kesejahteraan perairan negara masing-masing.

 

REDEX LUMUT 2   REDEX LUMUT 3   REDEX LUMUT 4   REDEX LUMUT 5

KMP 2024 CATAT HAMPIR 40 RIBU PENGUNJUNG PADA HARI KEDUA

KUALA TERENGGANU, 1 Mac – Karnival Maritim Perkasa 2024 (KMP2024) yang masuk hari kedua hari ini mencatat kehadiran luar jangkaan apabila hampir 40 ribu pengunjung terdiri daripada masyarakat tempatan serta pelancong dari dalam dan luar negara hadir ke karnival berkenaan.

Membawakan tema 'Melestarikan Warisan Maritim Negara', program yang bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam di dataran Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pameran senjata, demonstrasi aset laut, demonstrasi sebatan daripada Jabatan Penjara Malaysia, kaunter perkhidmatan Bas MEKAR Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jualan RAHMAH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kaunter derma darah serta pemeriksaan saringan kesihatan Kementerian Kesihatan Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Faridah binti Shuib, penganjuran karnival ini disifatkan sebagai platform terbaik kepada Maritim Malaysia dalam memperkenalkan peranan dan tanggungjawab kepada orang ramai khususnya masyarakat bandar yang masih belum memahami peranan Agensi ini.

Jelasnya, program ‘turun padang’ seperti ini memberikan impak lebih besar kepada Agensi kerana pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat malah berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat aset-aset Maritim Malaysia serta yang paling penting dapat merasakan sendiri debaran tindakan pasukan penguat kuasa Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugasan penguatkuasaan menerusi bahan pameran menggunakan peranti Virtual Reality (VR).

Faridah turut berkata, tujuan KMP2024 dianjurkan adalah bagi memberikan peluang kepada masyarakat di negeri-negeri Pantai Timur yang tidak berpeluang menyaksikan kehebatan pasukan penguat kuasa Maritim Malaysia dalam melakukan demonstrasi 'force boarding' dan pengendalian aset laut milik Agensi serta lain-lain aksi yang mengujakan.

Selain demonstrasi dan kaunter perkhidmatan kerajaan yang terdapat di karnival ini, turut ditampilkan persembahan seni warisan dan kebudayaan, sesi 'Meet & Greet' bersama artis tempatan serta konsert nasyid oleh Rabbani, NowSeeHeart dan Fareez (Mentor).

Terdahulu Faridah turut memberikan bayangan berkemungkinan KMP ini akan dilaksanakan secara tahunan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia pada masa akan datang.

 

KMP 24 HARI 2 2   KMP 24 HARI 2 9   KMP 24 HARI 2 10   KMP 24 HARI 2 5

SAHABAT KDN TERUJA DIBERI PELUANG BELAYAR BERSAMA MARITIM MALAYSIA

LUMUT, 29 Februari – Sahabat Kementerian Dalam Negeri (Sahabat KDN) diberi peluang dan pendedahan tentang fungsi dan peranan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara

Baru-baru ini Maritim Negeri Perak telah mengatur gerak Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPC), KM BAGAN DATUK dalam satu pelayaran khas bersama ahli-ahli Sahabat KDN di perairan Lumut dan Pulau Pangkor pada 28 Februari (Rabu).

Tujuan pelayaran ini adalah bagi memberi pendedahan yang berkonsepkan 'hands on' dan 'to the ground' kepada Sahabat KDN bagi mengetahui lebih dekat peranan dan fungsi Maritim Malaysia dengan belayar bersama kru KM BAGAN DATUK ketika melakukan rondaan rutin operasi Penguatkuasaan serta CARILAMAT di laut.

Program dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan kepada 18 ahli Sahabat KDN sebelum menaiki kapal oleh pegawai Maritim Malaysia yang bertugas (on duty).

Semasa pelayaran, ahli-ahli Sahabat KDN diberikan penerangan mengenai pengendalian KM BAGAN DATUK termasuk ilmu navigasi, akta/undang-undang yang diguna pakai dalam setiap operasi Maritim Malaysia secara ringkas dan santai.

Program pelayaran ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar dan diiringi oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob.

Diharapkan kesemua ahli Sahabat KDN yang mengikuti pelayaran ini berpuas hati dengan pengisian yang disusun dan diharapkan ilmu serta pengalaman baharu yang diperolehi menjadi satu memori yang bermakna buat setiap ahli yang mengikuti program ini.

 

WhatsApp Image 2024 02 28 at 10.33.41 PM   WhatsApp Image 2024 02 28 at 10.33.43 PM 1   WhatsApp Image 2024 02 28 at 10.33.44 PM 1   WhatsApp Image 2024 02 28 at 10.33.48 PM

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC