PUTRAJAYA, 21 MEI – Majlis penutup Kursus Asas Pemeliharaan Tempat Kejadian Jenayah Maritim Peringkat Antarabangsa (IBMCSPC) 2024 telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Bin Abdullah di Putrajaya, hari ini.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Penolong Setiausaha Bahagian Kerjasama Dan Pembangunan Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Cik Nur Syaheera Adila Zulkifli, dan Ketua Kluster Pengurusan Dan Pengajian Profesional, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kapten Maritim Haris Fadzillah Bin Abdullah.
Kursus ini merupakan salah satu usaha AMSAS dengan kerjasama Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP), Kementerian Luar Negeri.
Kursus tersebut telah memberi tumpuan kepada perkongsian pengalaman Malaysia, dan negara yang mengambil bahagian dalam pengetahuan forensik dan penyiasatan tempat kejadian jenayah, serta berkongsi amalan terbaik berkaitan penyiasatan tempat kejadian jenayah.
Kursus telah berlangsung di AMSAS bermula 13 hingga 17 Mei, dan diikuti di Putrajaya serta Kuala Lumpur pada 19 hingga 21 Mei 2024.
14 peserta terlibat dari 13 negara berbeza, iaitu Kyrgyzstan, Bangladesh, Fiji, Kenya, Maghribi, Republik Dominican, Somalia, Algeria, Qatar, Ghana, Gambia, Timor Leste dan Madagascar.
Sepanjang lima hari latihan di AMSAS, semua peserta telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan dikendalikan oleh jurulatih serta pengajar dari CSI Mobile Training Team (MTT) Maritim Malaysia.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |























.svg.png)

