11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MAJLIS PELAKSANAAN IBADAH KORBAN MARITIM MALAYSIA

SERDANG, 17 JUN – Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim hari ini telah berbesar hati menyertai Majlis Pelaksanaan Ibadah Korban Peringkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di MAEPS, Serdang.

Majlis anjuran Seksyen Kerohanian dan Kebajikan, Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia ini telah disertai seramai hampir 20 sukarelawan terdiri daripada warga Maritim Malaysia meliputi proses sembelihan, melapah, memotong, membahagi serta mengagihkan daging.

Lembu yang dikorbankan merupakan hasil sumbangan Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. Hasil sembelihan diagihkan kepada fakir miskin, asnaf serta warga Maritim Malaysia yang bertugas sempena Hari Raya Aidiladha.

 

KORBAN MAEPS 2   KORBAN MAEPS 4   KORBAN MAEPS 5

ASEAN MARITIME CONNECTIVITY FORUM TINGKAT KESEDIAAN AGENSI PENGUATKUASAAN

PULAU PINANG, 12 JUN – Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali bin Kasim telah menyertai Asean Maritime Connectivity Forum sempena penganjuran Senior Transport Officials Meeting (STOM) di Hotel Marriot, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Forum itu merupakan program bersiri yang dianjurkan buat kali ke-57 oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), bertujuan sebagai platform penyatuan kepakaran dalam bidang polisi serta perundangan gabungan negara-negara ASEAN.

Antara kepakaran yang diketengahkan dalam STOM ialah bidang polisi perundangan khusus dalam industri perkapalan yang disampaikan wakil dari Australia dan Republik Korea Selatan.

Dalam perkembangan lain, Kepten Maritim Razali turut meluangkan masa melawat jeti Pangkalan Raja Tun Uda bagi merancang untuk menjadikan tapak sewaan jeti itu sebagai aset Maritim Negeri Pulau Pinang diiringi Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli.

 

FORUM PENANG

PEMANTAUAN KESELAMATAN ZON MARITIM LABUAN DENGAN KERJASAMA MKN

LABUAN, 12 JUN – Zon Maritim Labuan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan mengadakan pemantauan keselamatan di perairan negeri itu serta lawatan tapak ke kawasan kepentingan strategik negara yang melibatkan kawasan cari gali minyak di perairan Semarang dan Sumandak awal pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Izwanhadi bin Haji Idros memaklumkan, seramai 22 orang telah menyertai lawatan itu melibatkan 10 agensi dan jabatan keselamatan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan Perbadanan Labuan (PL).

Jelasnya lagi, tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melawat pelantar-pelantar minyak yang terlibat dengan EKSESAIS JERUNG EMAS (EJE) siri 70/2024 yang akan adakan pada September nanti.

Selain itu, usaha ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi kerjasama dan pertukaran maklumat di antara agensi dan jabatan di Wilayah Persekutuan Labuan di perairan negeri Sabah dan sekitarnya.

Dalam pemantauan itu, KM ADIL ditugaskan bagi membawa delegasi ke sekitar Perairan Semarang.

Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa berada di tahap tertinggi.

 

PANTAU LABUAN

MARITIM NEGERI ERAT KERJASAMA DENGAN SPRM NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 12 JUN – Dalam usaha membanteras kegiatan rasuah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan kunjungan hormat ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pulau Pinang pada awal pagi semalam.

Delegasi Maritim Malaysia telah diketuai Pengarahnya, Kepten Maritim Razali bin Kasim serta beberapa pegawai kanan lain yang disambut oleh Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang, Tuan Mohd Fuad bin Haji Basrah serta Timbalan Pengarah Operasi SPRM, Tuan Mohd Shukor bin Mahmud.

Perbincangan selama satu jam itu menjadi platform suai kenal bersama anggota dalam melibatkan tadbir urus pengoperasian penguatkuasaan di Negeri Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama, turut dibincang bersama rangka kerja serta perancangan lanjut kedua entiti ini dalam usaha memantapkan lagi jalinan kerjasama sedia ada.

Diharapkan kerjasama ini dapat membuahkan hasil yang baik dalam menurunkan kadar aktiviti rasuah dalam negara, khususnya dalam kalangan agensi penguatkuasaan.

 

MNPP SPRM

PASUKAN KADET MARITIM (PASKAM) UMT MENGADAKAN LAWATAN KE AMSAS

KUALA TERENGGANU, 11 Jun - Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) Unirversiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan lawatan selama dua hari ke Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) pada 7 dan 8 Jun 2024 yang lalu.

Seramai 40 orang Kadet Maritim terlibat dalam lawatan itu bersama tujuh jurulatih AMSAS.

Menurut Leftenan Maritim Kehormat Professor Madya Ts. Dr. Ahmad Faizal bin Ahamad Fuad, lawatan itu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada PASKAM UMT terhadap fasiliti latihan yang terdapat di AMSAS yang merupakan pusat kecemerlangan akademik dan platform latihan yang diiktiraf.

 

WhatsApp Image 2024 06 07 at 4.12.47 PM1   WhatsApp Image 2024 06 07 at 4.23.24 PM1
     
WhatsApp Image 2024 06 11 at 8.57.49 AM 11   WhatsApp Image 2024 06 11 at 8.57.46 AM1

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC