LUMUT, 19 Disember – Maritim Negeri Perak telah menerima kunjungan rombongan dari Taski ABIM An Nur Manjung yang terdiri daripada kanak-kanak dan guru pembimbing sempena Program Lawatan Sambil Belajar ke Kapal Maritim (KM) GAGAH.
Program itu telah disertai oleh 20 kanak-kanak bersama tiga guru pengiring yang bertujuan memberi pendedahan awal mengenai kerjaya dalam Maritim Malaysia secara santai dan menarik.
Selain itu, program ini merupakan salah satu inisiatif khidmat sosial korporat (CSR) Agensi yang berkonsepkan ‘serampang dua mata’ bagi mendekatkan masyarakat dengan badan penguat kuasa di negara ini secara tidak langsung menyampaikan mesej peri pentingnya tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.
Dalam program itu, para peserta dibawa melawat ke aset milik Agensi iaitu KM GAGAH dan dapat merasai sendiri pengalaman menjejakkan kaki di atas aset Maritim Malaysia, dengan pendekatan interaktif mereka diberi penerangan secara ringkas dan menarik kerana pada masa dengan cara ini ia dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri masyarakat.
Di akhir program, wakil rombongan menerima cendera kenangan sebagai simbolik kehadiran ke KM GAGAH dan Maritim Negeri Perak oleh Pegawai Laksana KM GAGAH, Leftenan Maritim Tan Eng Bee.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

