KUALA BESUT, 5 DISEMBER – Bagi menzahirkan keprihatinan terhadap komuniti maritim yang turut terkesan akibat bencana banjir yang berlaku di beberapa daerah di sekitar Negeri Terengganu, Maritim Negeri Terengganu telah menghulurkan bantuan dengan menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang terjejas.
Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid berkata, sejumlah 55 pek Bakul Ihsan Madani telah diagihkan kepada 55 keluarga yang terdiri daripada 20 keluarga nelayan tradisional di Kampung Fikri, Setiu dan 35 keluarga komuniti maritim di Kuala Besut.
Jelas Khairulanuar lagi, Maritim Negeri Terengganu turut menggerakkan bantuan dalam bentuk tenaga kerja serta sumbangan keperluan asas dan kewangan kepada enam keluarga anggota Maritim Malaysia di Negeri Terengganu yang terjejas akibat bencana banjir.
Pek Bakul Ihsan Madani berisi barang keperluan asas ini merupakan sumbangan serta usahasama berbentuk Program Khidmat Masyarakat (CSR) di antara Maritim Malaysia bersama rakan strategik iaitu Glide Marine Sdn Bhd serta DWR Services Sdn Bhd.
“Maritim Negeri Terengganu kekal proaktif dan peka terhadap komuniti maritim yang terjejas serta bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana rakan strategik dalam memastikan bantuan dapat disalurkan terus kepada mereka,”
kami berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat memberikan kemudahan serta bantuan yang diperlukan oleh komuniti maritim serta warga Maritim Malaysia dalam menghadapi musibah yang melanda,” ujarnya lagi.
Maritim Malaysia turut mengingatkan kepada komuniti maritim untuk sentiasa peka dengan tahap keselamatan semasa melakukan sebarang aktiviti di laut memandangkan keadaan cuaca buruk yang berlaku di seluruh negara khususnya di Pantai Timur Semenanjung boleh mendatangkan insiden-insiden yang tidak diingini sekiranya lalai dengan tahap keselamatan diri. Aspek keselamatan bot atau vesel juga harus dititikberatkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

