LUMUT, 5 MAC – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak sekali lagi mengadakan Program Strategik Operasi Keselamatan bersama warga kerja Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak dalam usaha memperkukuh hubungan strategik dan memperkasakan keselamatan maritim negara.
Program yang berlangsung petang semalam itu dilaksanakan di atas Kapal Maritim (KM) MALAWALI, bertujuan untuk menyantuni warga Maritim Malaysia yang bertugas sepanjang bulan Ramadan demi memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob, lawatan ini merupakan inisiatif julung kali oleh MKN Negeri Perak sempena Ramadan dan ia disambut baik oleh warga Maritim Negeri Perak.
“Kami amat menghargai kehadiran delegasi seramai 23 orang daripada MKN Negeri Perak yang ingin merasai sendiri pengalaman berbuka puasa di laut serta memahami cabaran yang dihadapi oleh anggota kami ketika bertugas dalam bulan Ramadan,” katanya.
Lawatan tersebut turut disertai Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Tan Ah Bik, serta anggota KM MALAWALI yang bertanggungjawab dalam operasi keselamatan di perairan negeri.
Selain memberi peluang kepada delegasi MKN untuk memahami peranan Maritim Malaysia dengan lebih dekat, program ini juga berperanan mengukuhkan kerjasama antara agensi dalam menangani isu keselamatan maritim, ancaman jenayah rentas sempadan serta penguatkuasaan undang-undang di perairan negara.
Program ini diakhiri sekitar pukul 10.00 malam dengan sesi penyampaian cenderahati daripada Pengarah MKN Negeri Perak, Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, kepada Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob sebagai tanda penghargaan atas kerjasama erat antara kedua-dua pihak.
Maritim Malaysia Negeri Perak menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh kawalan keselamatan perairan negara, memastikan kesejahteraan perairan maritim sentiasa terjamin serta menjalin kerjasama berterusan dengan semua pihak berkepentingan demi keselamatan dan kedaulatan negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

