08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA DAN TUDM PERKUKUH KESIAGAAN DALAM OPERASI CARILAMAT DI LAUT

KUCHING, 5 MAC – Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengadakan lawatan dan sesi perbincangan bersama Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pagi tadi.

Bertempat di bilik Mesyuarat Rentap, Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak, fokus utama pertemuan itu adalah bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menangani insiden di perairan negara terutamanya di negeri Sarawak, dalam masa sama merangka strategi berkesan bagi mengurangkan risiko kemalangan melibatkan aset udara di kedua-dua perkhidmatan.

Dalam pertemuan itu turut diberi penekanan ialah mengenai kerjasama erat bagi memastikan kelancaran koordinasi Op Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) termasuk aspek teknikal, logistik, serta kekuatan anggota yang mencukupi.

Pihak TUDM juga memaklumkan, bahawa perpindahan pengoperasian Military Rescue Sub Centre East (Mil-RSC East) ke Regional Air Operation Centre 2 (RAOC 2) yang terletak di MAWILUD 2, Labuan.

Dengan perubahan ini, RAOC 2 akan memainkan peranan penting dalam mengkoordinasikan semua Operasi CARILAMAT yang melibatkan kemalangan pesawat tentera di wilayah Malaysia Timur.

Diharapkan kerjasama strategik di antara semua pihak ini akan terus diperkukuhkan lagi demi keselamatan dan keamanan perairan negara.

 

MAWILUD 2
 
MAWILUD 2 3
 
MAWILUD 2 4
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC