TAWAU, 6 JUN – Komitmen memperkukuh kawalan keselamatan maritim di perairan timur Sabah diteruskan apabila Kepten Maritim Ariffin bin Ghazali secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Zon Maritim Tawau dalam Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung pada Rabu.
Majlis yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali itu turut menyaksikan mantan Pengarah, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman, akan berpindah ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.
Dalam ucapannya, Kepten Maritim Ariffin menegaskan komitmennya untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan pentadbiran yang ditinggalkan oleh pegawai terdahulu, di samping memberikan tumpuan kepada kesiapsiagaan operasi, kerjasama komuniti maritim, serta memperhebat operasi membanteras jenayah rentas sempadan.
“Cabaran keselamatan perairan timur Sabah tidak pernah surut, justeru kepercayaan ini akan saya galas dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Kerjasama semua pihak sangat penting untuk menjadikan zon ini lebih selamat dan efisien,” ujarnya.
Sementara itu, Kepten Maritim Shahrizan dalam ucapan perpisahannya melahirkan penghargaan kepada seluruh warga Zon Maritim Tawau atas semangat kerja berpasukan yang tinggi sepanjang tempoh perkhidmatannya.
“Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan rasa bangga, yakin dan percaya bahawa kepimpinan baharu akan mampu membawa Zon Maritim Tawau ke tahap yang lebih cemerlang,” katanya.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Nurhaini binti Osli, serta Pengarah-pengarah Zon Maritim dari seluruh Sabah dan W.P. Labuan.
RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

