LUMUT, 1 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menerima kunjungan seramai 54 mahasiswa tahun satu Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam lawatan ilmiah ke Pangkalan Maritim di Lumut, pada 30 Mei lalu.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob kata, lawatan ini dilihat sebagai platform pendedahan kepada golongan mahasiswa mengenai peranan, kepakaran dan keupayaan teknologi yang dimiliki Maritim Malaysia, selain mengukuhkan sinergi antara institusi akademik dan agensi penguat kuasa maritim.
Katanya lagi, kunjungan ini bukan sekadar sesi lawatan semata-mata, malah menjadi wahana strategik untuk menanam minat dan pemahaman dalam kalangan mahasiswa UPNM terhadap bidang keselamatan maritim negara.
Delegasi UPNM yang turut disertai empat pensyarah pengiring yang disambut sendiri oleh beliau sebelum dibawa melawat Kapal Maritim (KM) MALAWALI yang berlabuh di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Kampung Acheh.
Program dimulakan dengan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Leftenan Maritim Muhammad Safuan bin Mohd Hashim. Para pelajar kemudiannya dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk sesi penerangan khusus melibatkan bahagian navigasi, operasi dan teknikal kapal.
Sepanjang lawatan, para pelawat berpeluang mengenali secara dekat kelengkapan dan fungsi utama KM MALAWALI melalui sesi interaktif bersama pegawai dan anggota bertugas.
Turut diadakan sesi soal jawab yang membuka ruang perkongsian pengalaman serta peranan barisan hadapan Maritim Malaysia dalam menjaga kedaulatan perairan negara.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan, diikuti sesi bergambar kenangan yang menyuntik semangat kebersamaan antara kedua-dua pihak.
Kunjungan ini diharap menjadi pemangkin kepada hubungan strategik antara Maritim Malaysia dan UPNM dalam memperkukuh agenda keselamatan maritim serta memperluas jaringan kerjasama akademik dan profesional pada masa hadapan.
RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.
















.svg.png)

