KUCHING, 5 JUN – Sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025, Maritim Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak (PKPS) telah menganjurkan satu program pelayaran ke lokasi 'hotspot' memancing bersama Pasukan Sukarelawan 'Search and Rescue' (SAR) Maritim, pagi tadi.
Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu dimulakan dengan ketibaan sukarelawan dan wakil media, kemudian disusuli tengan bacaan doa sebelum pelayaran dimulakan pada jam 8.00 pagi dari Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Sallahudin (KOMTAS).
Para peserta dibawa menerokai 13 lokasi memancing tumpuan sekitar perairan Kuching termasuk Karang Buntal, Karang Sauh, Batu Mandik, Kapal Thai dan Kapal Jepun.
Selain berpeluang mengenal pasti kawasan 'hotspot' , program ini turut menekankan aspek keselamatan di laut serta memperkenalkan peranan penting Pasukan Sukarelawan SAR Maritim dalam operasi menyelamat.
Pihak media turut merakamkan suasana sepanjang pelayaran dan berinteraksi bersama anggota Sukarelawan yang hadir.
Pelayaran berakhir dengan selamat di Jeti KOMTAS dan telah berjaya memupuk kerjasama erat antara agensi dan komuniti pemancing serta meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan keselamatan di laut.
Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga inisiatif sebegini terus menggalakkan penglibatan komuniti maritim dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Ketahui lebih banyak aktiviti sempena HKKM di platform sosial media rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

