KOTA KINABALU, 6 JULAI – Kecekalan dan dedikasi 62 pegawai serta anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akhirnya diiktiraf apabila mereka dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dalam sebuah majlis yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Anugerah berkenaan disampaikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Peringkat Negeri Sabah yang turut menyaksikan kehadiran Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.
Turut hadir sama ialah Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, serta Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali.
Terdahulu, seramai 510 penerima APC daripada pelbagai jabatan dan agensi KDN diraikan pada majlis tersebut.
Di peringkat Maritim Malaysia, penerima terdiri daripada pegawai gunasama, pegawai kanan dan anggota pelaksana yang berkhidmat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan serta di pelbagai zon dan daerah maritim seluruh negeri.
Lebih bermakna, anugerah ini tidak hanya mengiktiraf kecemerlangan individu, tetapi turut mencerminkan kejayaan menyerap nilai-nilai Malaysia MADANI dalam penyampaian perkhidmatan berlandaskan kecekapan, integriti dan mesra rakyat.
Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan turut menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan yang diterima, menyifatkannya sebagai satu motivasi penting dalam memperkukuh komitmen terhadap keselamatan maritim dan ketenteraman perairan negara.
Dalam mendepani cabaran geopolitik semasa dan ancaman maritim yang semakin kompleks, agensi ini tetap utuh menegakkan profesionalisme, meningkatkan kesiapsiagaan dan memperkukuh integriti sebagai benteng utama keselamatan perairan negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

