KOTA KINABALU, 6 JULAI – Satu mesyuarat rasmi bagi penubuhan Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah Jumaat lalu.
Mesyuarat ini membincangkan pelaksanaan program PASKAM UMS sebagai sebuah badan beruniform rasmi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Mesyuarat dipengerusikan oleh wakil Pengarah Sumber Manusia Maritim Malaysia Tuan Hj. Mohd Hamzah Murgayah bin Abdullah dan turut dihadiri oleh wakil-wakil kanan daripada Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Sabah, Maritim Negeri Pahang serta barisan pentadbiran tertinggi UMS termasuk Pengarah Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim (UMS) YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Bin Ali serta beberapa wakil dari UMS.
Dalam mesyuarat tersebut, pihak Maritim Malaysia membentangkan perincian penubuhan PASKAM serta taklimat berkaitan pelaksanaan program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa IPTA lain seperti Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). UMS akan menjadi universiti keempat yang menubuhkan PASKAM sebagai salah satu pilihan kursus kokurikulum berkredit bagi pelajarnya.
Pengambilan pertama kadet bagi sidang akademik 2025/2026 dijadualkan bermula pada Oktober 2025, melibatkan seramai 50 orang pelajar UMS. Program ini akan dijalankan selama dua tahun merangkumi empat semester, di mana para kadet akan mengikuti empat modul latihan yang dirangka bersama pihak UMS dan APMM. Setelah tamat pengajian dan latihan, mereka akan ditauliahkan sebagai ahli PASKAM.
Bagi menjayakannya, tenaga pengajar dan jurulatih adalah terdiri daripada anggota Maritim Negeri Sabah dengan sokongan kakitangan Bahagian Sumber Manusia, Ibu Pejabat Maritim Malaysia. Kursus Training of Trainers (TOT) turut akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak universiti bagi memastikan keberkesanan penyampaian modul dan sistem pemarkahan.
Pihak UMS menyatakan komitmen penuh dalam menyediakan segala keperluan logistik dan fasiliti termasuk bilik kuliah, padang kawad serta pejabat khas bagi pegawai penyelaras.
YBrs. Prof. Datuk Dr. Ismail turut menyuarakan harapan agar penubuhan PASKAM UMS menjadi platform unggul dalam membentuk jati diri pelajar serta mengangkat nama universiti bagi melahirkan graduan berdisiplin dan berkepimpinan tinggi. Beliau turut mencadangkan agar satu gimik pelancaran rasmi akan diadakan kepada para pelajar yang berjaya dalam pemilihan itu nanti.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















.svg.png)

