KUCHING, 6 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Amatur sempena sambutan Hari Kesedaran dan Keselamatan Maritim (HKKM) 2025 bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), dari 5 hingga 6 Julai lalu.
Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu menjadi platform penting dalam mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara agensi-agensi penyelamat yang terlibat secara langsung dalam operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di perairan negeri Sarawak.
Di samping menyemarakkan semangat berpasukan serta memupuk kesefahaman di antara agensi yang berbeza namun berkongsi misi yang sama – menyelamatkan nyawa dan memastikan keselamatan perairan negara.
Antara agensi yang mengambil bahagian ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Hospital Umum Sarawak, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak serta jemputan daripada Petrajaya Volleyball Club.
Kehadiran pelbagai pasukan ini menjadikan kejohanan lebih meriah dan kompetitif, namun kekal dalam suasana penuh persahabatan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Menurut pihak penganjur, kejohanan ini bukan sekadar acara sukan tahunan, tetapi merupakan inisiatif sosial yang berperanan sebagai wadah mempererat hubungan antara agensi serta meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan kerjasama rentas agensi dalam aspek keselamatan maritim.
Lebih daripada itu, ia juga memberi penekanan terhadap kepentingan kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental dalam kalangan anggota penyelamat, terutama yang terlibat dalam operasi mencabar di lapangan.
Melalui program seperti ini, budaya sihat dalam kalangan penjawat awam dapat dipupuk, selain meningkatkan lagi keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap profesionalisme serta semangat kolaboratif pasukan penyelamat negara.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

