22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

LAWATAN KERJA BAGI PERSEDIAAN PENERIMAAN KAPAL EX-USCG CUTTER STEADFAST

KOTA KINABALU, 1 OGOS – Lawatan Kerja Penyelarasan Pengurusan dan Penempatan kapal Ex-USCG Cutter Steadfast telah berjaya dilaksanakan selama dua hari bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan bermula 29 hingga 30 Julai 2025 lalu.

Delegasi diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Haji Nor Hisham bin Ibrahim, bersama Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan, Dato’ Barkhiya bin Shahiruddin, serta Pengarah Bahagian Pengurusan Aset, Tuan Mohd Ilham bin Udin telah disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Laksamana Pertama Maritim Khairulanuar bin Abd Masjid @ Razali bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri Puan Siti Norhaini binti Osli, serta pengarah-pengarah Zon Maritim Negeri Sabah dan W. P. Labuan.

Khairulanuar memaklumkan, lawatan ini bukan sekadar kunjungan rasmi, malah menjadi platform penting untuk menyelaras aspek pengurusan, logistik, kewangan, dan teknikal secara menyeluruh sebelum kapal tersebut ditempatkan di Sabah.

Penerimaan kapal Ex-USCG Cutter Steadfast merupakan langkah strategik yang diyakini mampu meningkatkan keupayaan rondaan dan penguatkuasaan Maritim Malaysia, khususnya di perairan timur Sabah yang sering berdepan cabaran jenayah rentas sempadan dan pencerobohan.

Lawatan kerja ini mencerminkan kesungguhan pengurusan tertinggi Maritim Malaysia dalam memastikan setiap aset baharu yang diterima dirancang rapi dari segi operasi, keselamatan dan penugasan, demi menjamin perairan negara terus terpelihara.

 

TERIMA EXUSCG2
 
TERIMA EXUSCG3
 
TERIMA EXUSCG5
 
TERIMA EXUSCG6
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC