08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

KADET PALAPES UDARA UNIMAS DALAMI TUGAS DAN PERANAN ANGGOTA PENGUAT KUASA MARITIM

KUCHING, 5 OGOS – Seramai 70 Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak (IPMNS) sebagai sebahagian daripada pengisian Latihan Berterusan Siri 2.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada para kadet yang terlibat mengenai peranan dan tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara, khususnya di Zon Maritim Malaysia.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh pegawai dari Unit Komunikasi Korporat serta wakil Pusat Penyelamat Maritim (MRSC), mengenai struktur organisasi, pengoperasian dan cabaran semasa yang dihadapi Maritim Malaysia.

Selesai sesi taklimat, delegasi dan wakil Maritim Negeri Sarawak merakamkan gambar kenang-kenangan bersama, sebelum mereka dibawa ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) bagi melihat pameran senjata serta lawatan ke aset Maritim Malaysia iaitu KM KOTA KINABALU dan KM MARLIN.

Dalam sesi lawatan itu, mereka diberi peluang melihat sendiri cara pengendalian aset oleh para anggota Maritim Malaysia dan mempelajari serba sedikit megenai ilmu kelautan, navigasi dan tugas penguatkuasaan maritim.

Sebagai penutup sesi lawatan ini, satu perlawanan persahabatan bola tampar dan bola sepak telah diadakan di antara pasukan PALAPES Udara UNIMAS dan warga Maritim Negeri Sarawak yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kesukanan.

Program sebegini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan strategik di antara agensi penguat kuasa dan Universiti Awam, malah secara tidak langsung dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri mahasiswa yang terlibat.

 

PELAPES TUDM2
 
PELAPES TUDM3
 
PELAPES TUDM4
 
PELAPES TUDM5
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC