08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

PROGRAM SANTUNI MADANI 2025 PERKASA KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI ULAR

KUANTAN, 1 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus komited memperkasa komuniti maritim menerusi penganjuran Program Santuni MADANI 2025 yang berlangsung meriah di Dataran Pantai Kampung Sungai Ular, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, penganjuran program ini merupakan manifestasi pendekatan holistik di bawah inisiatif “Satu Pemimpin, Satu Kampung” (Santuni MADANI) yang menekankan elemen libat urus dan tanggungjawab sosial bersama komuniti.

“Kampung Sungai Ular dipilih berdasarkan penilaian strategik kerana merupakan antara kawasan tumpuan komuniti nelayan pantai.”

“Di samping itu, kampung ini turut berdekatan dengan Maritim Negeri Pahang, serta berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baging yang merupakan Sekolah Angkat MADANI di bawah Maritim Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Santuni MADANI di sinihari ini.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik Nor Hisham bin Ibrahim serta Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab.

Hadir sama pada program berkenaan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Pahang, YDH SAC Dato’ Mohamad Noor bin Yusof Ali serta Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza binti Ku Lah.

Program Santuni MADANI bukan sahaja memperkukuh hubungan antara agensi dan rakyat, malah menjadi platform strategik untuk meningkatkan literasi keselamatan maritim dalam kalangan komuniti nelayan.

Maritim Malaysia yakin, dengan penyertaan aktif semua pihak, misi agensi untuk menjadi sebuah Agensi yang 'Mengawal, Melindungi dan Menyelamat' dapat direalisasikan dengan lebih berkesan melalui pendekatan turun padang dan penglibatan menyeluruh seperti ini.

Terdahulu pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti senamrobik, sukan rakyat, pertandingan memancing, serta pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan pameran agensi dan jabatan kerajaan, membeli-belah melalui jualan RAHMAH, serta menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada asnaf dan pemberian jaket keselamatan kepada komuniti nelayan setempat.

Program Santuni MADANI kali ini berjaya menarik kehadiran hampir 1,000 penduduk setempat, termasuk 300 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Sungai Ular dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baging, sekali gus mencerminkan sokongan padu terhadap usaha Maritim Malaysia memperkukuh jalinan kerjasama dengan komuniti maritim.

SANTUNI MADANI2
 
SANTUNI MADANI4
 
SANTUNI MADANI5
 
SANTUNI MADANI6

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC