SENDAYAN, 1 OGOS – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah mengambil bahagian sebagai pempamer dalam Program Kempen Keselamatan Aktiviti di Air Sempena Sambutan Hari Pencegahan Lemas Sedunia anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berlangsung di d'Tempat Country Club, Sendayan, Negeri Sembilan semalam.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan ketika melakukan aktiviti di air serta mengurangkan insiden lemas yang sering melibatkan pelbagai peringkat umur, terutamanya golongan berisiko.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu. Turut hadir, Ketua Pengarah JBPM, Yang Amat Setia Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad; Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berusaha Encik Zulkeflee bin Sulaiman; serta Ketua Polis Negeri Sembilan, Yang Dihormati DCP Datuk Ahmad Dzaffir bin Mohd Yusoff, yang mewakili Ketua Polis Negara.
Maritim Malaysia pula diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan CARILAMAT, Kepten Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim, yang hadir mewakili Ketua Pengarah Maritim Malaysia.
JBPM menyasarkan penyertaan seramai 10,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh lima tahun akan datang, termasuk kanak-kanak, belia dan golongan berisiko tinggi, melalui program kesedaran seperti ini.
Penyertaan Maritim Malaysia selaku agensi penyelamat perairan negara di platform sebegini membolehkan orang ramai lebih memahami fungsi agensi dalam operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) serta kepentingan keselamatan di laut dan kawasan perairan.
Program ini diharap dapat memperkukuhkan kerjasama rentas agensi dalam mempromosikan budaya selamat di air dan mengurangkan kadar insiden lemas di seluruh negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

