KOTA KINABALU, 2 OGOS – Maritim Negeri Sabah & W.P. Labuan meneruskan terma rujukan mengetuai Kembara Perairan menerusi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2025 semalam.
Majlis pelancaran rasmi bagi sambutan Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2025 Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung dalam suasana penuh gemilang di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, dan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Sebagai simbolik pelancaran, YAB Ketua Menteri melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2025 yang akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah, membawa mesej perpaduan, semangat cintakan tanah air serta penghayatan terhadap erti kemerdekaan.
Pengarah Maritim Negeri Sabah & W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid @ Razali turut menerima serahan jalur gemilang daripada YAB Ketua Menteri Sabah bersama barisan pemimpin negeri, ketua-ketua jabatan serta pegawai kanan pelbagai agensi.
Kembara Merdeka Jalur Gemilang akan menyelusuri 75 checkpoint sejauh lebih 2500km seluruh Sabah bermula 05 hingga 23 Ogos 2025 dan berakhir di perbarisan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti.
Ayuh semua rakyat Sabah, kita zahirkan semangat perpaduan, memakmur kesejahteraan dan mempertahan kedaulatan dengan semangat kibar jalur gemilang dirumah kita. Malaysia MADANI Rakyat Disantuni, temui Konvoi KMJG Maritim Malaysia di lokasi KMJG seluruh Sabah sepanjang Ogos ini.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

