08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

41 KADET UMPSA TERIMA PANGKAT LEFTENAN MUDA PASKAM SIRI PERTAMA

GAMBANG, 11 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh usaha melahirkan generasi muda celik maritim dalam kalangan masyarakat terutamanya mahasiswa.

Baru-baru ini, seramai 41 kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima pemakaian pangkat Leftenan Muda Siri Pertama dalam Majlis Tamat Latihan Siri 1/2023 di Dewan Astaka, Kampus Gambang yang berlangsung pada Sabtu (9 Ogos).

Majlis penuh istiadat itu disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab, dan turut dihadiri Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Ketua Pendaftar, Dato’Saiful Bahri Ahmad Bakarim serta Pengarah Sumber Manusia Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Encik Mohd Hamzah Murgayah Abdullah. Turut hadir pegawai kanan Maritim Malaysia, pengurusan universiti dan keluarga kadet.

Menurut Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan, penganjuran PASKAM di institusi pengajian tinggi merupakan langkah strategik bagi memberi pendedahan awal kepada mahasiswa tentang tanggungjawab dan peranan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara.

"Keselamatan perairan negara adalah amanah bersama. PASKAM bukan sekadar latihan, tetapi platform membentuk jati diri, disiplin, dan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda," ujarnya.

Beliau menambah, latihan PASKAM UMPSA dilaksanakan dengan kerjasama Cawangan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM), Bahagian Sumber Manusia Maritim Malaysia, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMPSA.

Modul latihan merangkumi disiplin, kepimpinan, pengurusan masa dan kerja berpasukan, selaras dengan nilai teras Maritim Malaysia.

Dalam majlis itu, tiga penerima Anugerah Kadet Terbaik PASKAM Siri 1/2023 turut diraikan iaitu Leftenan Muda PASKAM Nurwaldan Wasiq Khairul Nizar (Keseluruhan), Leftenan Muda PASKAM Muhammad Amirul Hakim Bizun (Latihan Luar) dan Leftenan Muda PASKAM Eeswarri a/p Mani Wanan (Akademik).

Kejayaan ini menandakan permulaan kukuh usaha Maritim Negeri Pahang dalam memupuk kesedaran maritim dalam kalangan mahasiswa, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama antara Maritim Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi.

 

PASKAM UMPSA2
 
PASKAM UMPSA3
 
PASKAM UMPSA5
 
PASKAM UMPSA10
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC