TERENGGANU, 12 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu berbesar hati menerima penghargaan untuk bersama-sama bagi menjayakan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2025.
Konvoi KMJG 2025 yang bermula dari Kampung Pachakan, Besut telah melalui empat hentian utama iaitu Checkpoint 1 – Dewan Terbuka Muara, Kuala Besut, Checkpoint 2 - Kampung Bukit Putera, Setiu, Checkpoint 3 – McDonald’s Batu Burok, Kuala Terengganu, dan Checkpoint 4 – FELDA Neram 1, Kemaman sebelum bergerak ke Negeri Pahang.
Sepanjang perjalanan, Jalur Gemilang dikibarkan seiring dengan sorakan 'Merdeka!, Merdeka! Merdeka!' ketika melalui setiap hentian oleh para peserta konvoi. Turut diserikan, pelbagai acara menarik telah diadakan di setiap hentian bagi menarik masyarakat setempat.
Penganjuran program ini dan penyertaan Maritim Malaysia khususnya secara tidak langsung dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warganya di samping melambangkan komitmen agensi untuk terus bersama masyarakat dalam memupuk semangat cinta negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

