08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG JELAJAH MIRI 2025

MIRI, 11 OGOS – Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Jelajah Miri 2025 anjuran Kelab Sosial dan Rekreasi Maritim Sarawak (SUKMAS) Miri telah berlangsung meriah dengan konvoi kenderaan bermotor melibatkan seramai 50 warga Zon Maritim Miri pada Sabtu (9 Ogos).

Konvoi bermula di Kompleks Zon Maritim Miri menuju ke Air Terjun Giam, Bakam diketuai oleh Pengerusi SUKMAS Miri, Leftenan Komander Maritim Mohammad Hafeiz bin Hussein bersama seluruh peserta yang membawa semangat jiwa merdeka dan rasa patriotisme yang tinggi.

Program ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, di samping mengajak masyarakat setempat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol cinta akan tanah air.

Selain konvoi, peserta turut melaksanakan Program CSR di sekitar kawasan pendakian Hutan Air Terjun Giam, Bakam, dengan aktiviti pembersihan bagi memelihara keindahan alam semula jadi serta mengurangkan pencemaran sampah di kawasan tersebut.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, program ini bukan sahaja memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga Maritim Malaysia, malah mengingatkan masyarakat terhadap perjuangan pahlawan-pahlawan asal Sarawak yang berkorban demi kemerdekaan negeri dan negara.

Maritim Malaysia terus komited menyokong inisiatif memupuk perpaduan, semangat patriotisme, dan pemeliharaan alam sekitar seiring aspirasi Malaysia MADANI.

KEMBARA MIRI2
 
KEMBARA MIRI3
 
KEMBARA MIRI5
 
KEMBARA MIRI7

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC