08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

JIWA MERDEKA GEGARKAN IOI CITY MALL UNTUK EDISI KEDUA

PUTRAJAYA, 17 OGOS – Program Jiwa Merdeka anjuran Agensi PenguatkuasaanMaritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekali lagi mencuri perhatian apabilamenggamatkan suasana di IOI City Mall, Putrajaya bagi edisi kedua tahun ini,susulan kejayaan edisi sulung yang telah menarik lebih 5,000 pengunjung.

Penganjuran bersama IOI City Mall kali ini tampil lebih meriah dan berskala besardengan penyertaan rakan strategik seperti Moxy Hotel, HIS Network Global, DucatiOfficial Club Malaysia (DOCM) serta beberapa lagi rakan kolaborasi.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia,Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, penganjuran kali ini membawa kelainan dengan mengangkat konsep karnival dan pameran, menggabungkan elemen budaya, pendidikan, keselamatan, dan patriotisme.

“Program ini bukan sahaja mempromosikan imej profesionalisme Maritim Malaysia,malah mengeratkan hubungan dengan komuniti bandar serta menarik minat beliaterhadap kerjaya maritim,"

“Bukan itu sahaja, program ini menjadi medium untuk memupuk semangat patriotikdan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan ke-68,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Program Jiwa Merdeka @ IOICity Mall di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Puan Salawati binti Yahaya, Pengurus Moxy Hotel, Encik Marshal Chai, Ketua Pegawai Eksekutif HIS Networks Global, Puan Ruth Lau dan Presiden Ducati Official Club Malaysia (DOCM), Dato Seri Nazir Husin Akhtar Husin.

Program ini bermula seawal 6.30 pagi dengan acara Patriotik Fun Run, diikuti aktiviti Zumba dan Fitness Challenge. Acara Patriotik Fun Run yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), berjaya menarik penyertaan hampir 300 peserta yang terdiri daripada warga Maritim Malaysia dan komuniti sekitar Putrajaya.

Buat julung kalinya, KESMAR menganjurkan larian bersama komuniti awam, yang bukan sahaja menyatukan warga maritim dengan masyarakat bandar dalam semangat kesukanan, malah menjadi platform yang berkesan untuk mengukuhkan

kerjasama dan jalinan hubungan antara Maritim Malaysia dan masyarakat.

Pelbagai pengisian menarik turut disajikan kepada para pengunjung seperti Pameran Korporat, Pameran Aset Statik bot Kelas BENTENG 2, Pameran Buku Patriotik, Cultural Craft Workshop, persembahan pancaragam serta tarian budaya.

Pengunjung juga teruja menyaksikan demonstrasi aset udara Helikopter AS365N3 Dauphin milik Maritim Malaysia serta penampilan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) lengkap berpakaian Full Gear.

Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi turut menyatakan harapan, agar program ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan oleh Maritim Malaysia dengan rakan strategik, IOI City Mall.

Beliau juga mengalu-alukan penglibatan lebih banyak sektor korporat pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.

Acara kemuncak menyaksikan sesi flag-off Kempen Kibar Jalur Gemilang melibatkan DOCM yang diketuai oleh Presidennya, Dato’ Seri Nazir Hussin bin Akhtar Hussin, bersama 30 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi. Inisiatif ini menjadi simbol perpaduan dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan.

 

JIWA MERDEKA 20255
 
JIWA MERDEKA 20257
 
JIWA MERDEKA 20259
 
JIWA MERDEKA 202510

 

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC