KUALA LUMPUR, 11 OGOS – Kursus Setiausaha Super Transformasi 360 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) 2025 telah melabuhkan tirainya pada 10 Ogos lalu di salah sebuah hotel di ibu negara, selepas berlangsung selama tiga hari bermula 8 Ogos lalu.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Aset Maritim Malaysia, Tuan Mohd Ilham bin Udin, dan turut diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Manusia, Tuan Amirul Asyraf bin Ismail serta pegawai kanan Maritim Malaysia yang lain.
Dalam ucapannya mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Nor Hisham bin Ibrahim, Tuan Mohd Ilham menegaskan bahawa peranan setiausaha masa kini telah berkembang melangkaui penyelarasan jadual dan pengurusan fail, kepada penghubung strategik yang menyumbang secara langsung kepada kecemerlangan organisasi.
“Semua warga sokongan pentadbiran diseru untuk menghayati Tujuh Teras Ketua Pengarah Maritim Malaysia sebagai panduan dalam tugas seharian, selain mengaplikasikan teknologi terkini termasuk penggunaan Kepintaran Buatan (AI) bagi mempercepatkan urusan pentadbiran dan komunikasi,” ujarnya.
Kursus ini menghimpunkan 29 orang Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir, serta anggota wanita (Laskar Kanan Maritim) dari seluruh negara, sebagai kesinambungan inisiatif Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Maritim Malaysia bagi memperkasakan peranan sokongan pentadbiran melalui pendekatan holistik.
Fokus kursus merangkumi penguasaan kemahiran komunikasi, pengurusan emosi, penampilan profesional, ketahanan mental, dan kompetensi teknikal, di samping pemupukan keyakinan diri untuk mencapai potensi sebenar.
Pengisian kursus yang dikendalikan oleh RinaBaha Image World turut memberi penekanan terhadap tanggungjawab dan kecekapan kendiri, semangat perubahan ke arah profesionalisme tinggi, serta peningkatan kemahiran komunikasi dalam organisasi.
Majlis penutupan turut merakamkan penghargaan kepada pengajar, fasilitator, urus setia Bahagian Sumber Manusia serta semua peserta atas semangat, komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran program.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

