ISTANBUL, 15 OGOS – Upacara Keel Laying di limbungan DESAN Kaptanoğlu Shipyard, Turkiye, semalam menandakan bermulanya pembinaan Multi-Purpose Mission Ship (MPMS), sebuah kapal yang terbesar dalam sejarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Majlis berkenaan telah disempurnakan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rizal bin Hishamuddin, bersama Pengarah Projek MPMS, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man.
Laksamana Pertama Maritim Mohd Rizal memaklumkan, upacara ini merupakan tradisi dalam industri pembinaan kapal yang menandakan bermulanya aktiviti penyambungan blok-blok utama kapal di limbungan selepas majlis steel cutting yang telah diadakan pada 9 Julai lalu.
“Fasa awal ini Keel Laying melibatkan pemasangan blok 107, 108, 207 dan 208 yang membentuk bahagian tengah kapal.”
“Tradisi Keel Laying ini tanda bermulanya proses penyambungan blok utama dan membawa simbolik tersendiri kepada pembinaan sebuah aset strategik negara,” jelas beliau.
Dengan ukuran 99 meter panjang dan 17 meter lebar, MPMS direka untuk beroperasi di laut dalam sehingga 28 hari tanpa ulang bekal, bakal melaksanakan pengawasan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), serta memantau kawasan yang tidak dapat dicapai oleh kapal-kapal kecil.
Kapal ini bakal dilengkapi pelbagai teknologi pertahanan canggih termasuk kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), meriam 30mm, radar X dan S band, tapak pendaratan helikopter, sebuah Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB), serta empat bot Fast Interceptor Craft.
“MPMS mampu bergerak pada kelajuan 20 knot dan menempatkan 70 anak kapal bersama 20 penumpang, selain memiliki kemudahan bilik rawatan dan bilik tahanan,” tambah beliau.
Projek ini turut mendapat kerjasama syarikat industri pertahanan gergasi Turkiye seperti ASELSAN dan HAVELSAN yang bertanggungjawab terhadap integrasi sistem persenjataan, elektronik dan komunikasi canggih.
Sementara itu Pengerusi Lembaga DESAN Kaptanoğlu Shipyard, Cenk İsmail Kaptanoğlu berkata, pencapaian ke tahap Keel Laying dalam tempoh singkat selepas kontrak dimeterai pada 20 Mei 2025 adalah bukti kecekapan dan komitmen semua pihak.
“Blok keluli yang dipasang hari ini bukan sahaja menjadi tulang belakang MPMS, malah menjadi simbol hubungan strategik dan kesungguhan Turkiye–Malaysia memperkukuh keselamatan maritim. Seperti projek-projek kami sebelum ini, kami yakin MPMS ini dapat diserahkan lebih awal daripada jadual pada Mac 2027,” katanya.
Apabila siap kelak, MPMS akan menjadi antara aset utama Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara, membanteras jenayah rentas sempadan, penyeludupan dan aktiviti perikanan haram di laut lepas.
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN DAN IMIGRESEN
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN DI PULAU PINANG
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT KELAS C DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN AKTA IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MARITIM SERANTAU MELALUI TCTP-IMIC 2026
MARITIM MALAYSIA PERKASA FORENSIK DIGITAL MARITIM
MARITIM MALAYSIA - FILIPINA PERKUKUH KERJASAMA MELALUI SARCOMEX - 26
MENANGKAP IKAN DI KAWASAN LARANGAN, BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) TINJAU KESIAPSIAGAAN ASET UDARA MARITIM MALAYSIA
SUBANG, 28 September – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), hari ini menerima lawatan kerja rasmi daripada Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.
Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Maritim Ragu a/l Sundararajan, bersama Ketua SUMS, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan, serta barisan pegawai kanan SUMS.
Lawatan kerja tersebut bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan aset udara Maritim Malaysia, khususnya helikopter AW189, dalam menyokong keupayaan operasi serta pelaksanaan tugas penguatkuasaan dan keselamatan maritim.
Menerusi lawatan ini, Datuk Saiful Lizan turut dibawa melihat dengan lebih dekat aset udara berkenaan.
Pemantauan kesiapsiagaan aset secara berterusan ini mencerminkan komitmen padu Maritim Malaysia dalam memastikan keupayaan logistik dan operasi udara sentiasa berada pada tahap optimum.
Hal ini penting bagi menyokong tugas pengawasan, penguatkuasaan, serta operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di perairan negara.

















.svg.png)

