09
Jum, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU TANGANI PERIKANAN HARAM

ENAM NELAYAN VIETNAM DITAHAN MARITIM MALAYSIA, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA

VNT DISYAKI SALAH GUNA SYARAT LESEN UNTUK AKTIVITI MEMANCING REKREASI

KRU WARGA THAILAND YANG HILANG DI PERAIRAN PANTAI REMIS DITEMUI SELAMAT

MPMS 1 DILANCARKAN DI TÜRKİYE, PERKUKUH KEUPAYAAN ARMADA MARITIM MALAYSIA

TIGA WARGA INDONESIA DITAHAN, BAHAN DISYAKI SYABU TURUT DITEMUI DI PULAU KONET

MARITIM MALAYSIA PERKASA OP MARDOF BERSAMA AGENSI STRATEGIK

VNT KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, 18 KRU WARGA ASING DITAHAN

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH SOKONGAN LOGISTIK OPERASI, 11 LORI ISUZU 3 TAN DISERAH

KOTA KINABALU, 1 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkukuh keupayaan sokongan logistik dan kesiapsiagaan operasi menerusi penyerahan 11 unit Lori Isuzu 3 Tan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) Maritim Negeri Sabah dan Sarawak, hari ini.

Penyerahan Fasa 2 daripada keseluruhan 28 unit lori itu disempurnakan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah dalam satu majlis di Hotel Raia Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau berkata, aset berkenaan bukan sekadar kenderaan pengangkutan, malah merupakan sebahagian daripada rantaian sokongan operasi bagi memastikan keperluan pasukan dapat digerakkan dengan pantas dan berkesan.

“Kekuatan operasi di laut turut bergantung kepada kekuatan sokongan di darat. Setiap kapal, bot dan anggota yang digerakkan ke lapangan memerlukan sistem logistik yang tersusun, pantas dan boleh dipercayai,” katanya.

Daripada 28 unit lori tersebut, satu unit telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya pada 12 Ogos 2026, manakala 11 unit diserahkan kepada PTJ di Sabah dan Sarawak. Baki 16 unit dijadualkan diagihkan kepada Maritim Negeri di Semenanjung Malaysia menerusi Fasa 3 pada Oktober 2026.

Datuk Haji Mohd Rosli turut menekankan kepentingan pengurusan aset secara berhemah melalui penyelenggaraan berkala, pelaporan kerosakan segera serta pengendalian oleh pemandu yang terlatih dan diberi kebenaran.

“Penyelenggaraan yang baik merupakan sebahagian daripada kesiapsiagaan operasi,” katanya.

Penambahan aset ini akan memperkukuh sokongan darat bagi tugas penguatkuasaan, keselamatan maritim dan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT), sekali gus meningkatkan kecekapan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan serta kepentingan negara di perairan Malaysia.

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN FORENSIK MARITIM MELALUI KERJASAMA JICA, JCG DAN UKM

BANGI, 7 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh keupayaan forensik maritim menerusi kerjasama strategik bersama Japan International Cooperation Agency (JICA), Japan Coast Guard (JCG) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui pelaksanaan Training on Paint Flakes Analysis Technique Siri 6 Bil. 2/2026 yang berlangsung dari 29 September hingga 7 Oktober 2026.

Latihan yang dilaksanakan di Makmal Forensik UKM, Bangi dan Malaysian Institute of Microelectronic Systems (MIMOS), Kuala Lumpur melibatkan lapan peserta terdiri daripada pensyarah dan pegawai sains UKM serta enam pegawai Tim Forensik Maritim, Maritim Malaysia, dengan tenaga pengajar daripada Research Centre, Japan Coast Guard.

Program tersebut merupakan kesinambungan latihan yang dilaksanakan sejak tahun 2022 bagi meningkatkan kompetensi pegawai dalam penyiasatan tempat kejadian, khususnya melibatkan kes pelanggaran kapal di laut.

Antara fokus utama latihan ialah meningkatkan kemahiran pengambilan dan analisis sampel cat menggunakan teknologi Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR) dan Scanning Electron Microscopy-Energy Dispersive X-ray Spectroscopy (SEM-EDS) bagi membantu proses pengenalpastian serta perbandingan bahan bukti dalam penyiasatan forensik maritim.

Kerjasama antara Maritim Malaysia, JCG, UKM dan MIMOS turut memperkukuh aspek pemindahan teknologi, pembangunan kepakaran serta penyelidikan dalam bidang forensik maritim bagi menyokong keperluan penyiasatan yang semakin kompleks.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah turut mengadakan lawatan rasmi ke Makmal Forensik UKM bagi meninjau kemudahan dan keupayaan makmal serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama institusi berkenaan.

Lawatan tersebut turut menyokong perancangan strategik BSJM ke arah pembangunan Makmal Analisis Paint Flakes pada masa hadapan bagi meningkatkan keupayaan Maritim Malaysia dalam mengendalikan analisis bahan bukti secara lebih sistematik, tepat dan berintegriti, khususnya melibatkan kes pelanggaran kapal serta penyiasatan jenayah maritim.

Maritim Malaysia akan terus memperluas kerjasama bersama rakan strategik tempatan dan antarabangsa dalam membangunkan kepakaran forensik, teknologi analisis serta kompetensi penyiasatan bagi memperkukuh proses penguatkuasaan dan pendakwaan jenayah maritim.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC