09
Jum, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU TANGANI PERIKANAN HARAM

ENAM NELAYAN VIETNAM DITAHAN MARITIM MALAYSIA, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA

VNT DISYAKI SALAH GUNA SYARAT LESEN UNTUK AKTIVITI MEMANCING REKREASI

KRU WARGA THAILAND YANG HILANG DI PERAIRAN PANTAI REMIS DITEMUI SELAMAT

MPMS 1 DILANCARKAN DI TÜRKİYE, PERKUKUH KEUPAYAAN ARMADA MARITIM MALAYSIA

TIGA WARGA INDONESIA DITAHAN, BAHAN DISYAKI SYABU TURUT DITEMUI DI PULAU KONET

MARITIM MALAYSIA PERKASA OP MARDOF BERSAMA AGENSI STRATEGIK

VNT KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, 18 KRU WARGA ASING DITAHAN

ENAM NELAYAN VIETNAM DITAHAN MARITIM MALAYSIA, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA

KUANTAN, 6 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menahan sebuah vesel nelayan tempatan kelas C yang dikendalikan enam kru warga Vietnam kerana disyaki menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari pantai di perairan Tanjung Agas, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Dato’ Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penahanan dilakukan sekitar jam 10.30 malam pada 5 Oktober oleh anggota penguatkuasa Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op MAKMUR, Op MARDOF dan Op TIRIS.

Menurut beliau, pasukan yang melaksanakan rondaan menggunakan bot peronda Maritim Malaysia mengesan sebuah vesel nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan mendapati vesel tersebut sedang menangkap ikan pada kedudukan kira-kira 6.3 batu nautika tenggara dari Tanjung Agas, iaitu kurang daripada had 12 batu nautika yang dibenarkan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati vesel berkenaan dikendalikan oleh enam kru termasuk tekong, kesemuanya warga Vietnam berusia antara 31 hingga 53 tahun,” katanya.

Kesemua kru disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985. Vesel, enam kru serta hasil laut seberat kira-kira 100 kilogram kemudiannya diiring masuk ke Jeti Pernepa Kuantan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi syarat lesen, peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Sebarang aktiviti mencurigakan di laut hendaklah segera dilaporkan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan serta kelestarian perairan negara terus terpelihara.

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN FORENSIK MARITIM MELALUI KERJASAMA JICA, JCG DAN UKM

BANGI, 7 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh keupayaan forensik maritim menerusi kerjasama strategik bersama Japan International Cooperation Agency (JICA), Japan Coast Guard (JCG) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui pelaksanaan Training on Paint Flakes Analysis Technique Siri 6 Bil. 2/2026 yang berlangsung dari 29 September hingga 7 Oktober 2026.

Latihan yang dilaksanakan di Makmal Forensik UKM, Bangi dan Malaysian Institute of Microelectronic Systems (MIMOS), Kuala Lumpur melibatkan lapan peserta terdiri daripada pensyarah dan pegawai sains UKM serta enam pegawai Tim Forensik Maritim, Maritim Malaysia, dengan tenaga pengajar daripada Research Centre, Japan Coast Guard.

Program tersebut merupakan kesinambungan latihan yang dilaksanakan sejak tahun 2022 bagi meningkatkan kompetensi pegawai dalam penyiasatan tempat kejadian, khususnya melibatkan kes pelanggaran kapal di laut.

Antara fokus utama latihan ialah meningkatkan kemahiran pengambilan dan analisis sampel cat menggunakan teknologi Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR) dan Scanning Electron Microscopy-Energy Dispersive X-ray Spectroscopy (SEM-EDS) bagi membantu proses pengenalpastian serta perbandingan bahan bukti dalam penyiasatan forensik maritim.

Kerjasama antara Maritim Malaysia, JCG, UKM dan MIMOS turut memperkukuh aspek pemindahan teknologi, pembangunan kepakaran serta penyelidikan dalam bidang forensik maritim bagi menyokong keperluan penyiasatan yang semakin kompleks.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah turut mengadakan lawatan rasmi ke Makmal Forensik UKM bagi meninjau kemudahan dan keupayaan makmal serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama institusi berkenaan.

Lawatan tersebut turut menyokong perancangan strategik BSJM ke arah pembangunan Makmal Analisis Paint Flakes pada masa hadapan bagi meningkatkan keupayaan Maritim Malaysia dalam mengendalikan analisis bahan bukti secara lebih sistematik, tepat dan berintegriti, khususnya melibatkan kes pelanggaran kapal serta penyiasatan jenayah maritim.

Maritim Malaysia akan terus memperluas kerjasama bersama rakan strategik tempatan dan antarabangsa dalam membangunkan kepakaran forensik, teknologi analisis serta kompetensi penyiasatan bagi memperkukuh proses penguatkuasaan dan pendakwaan jenayah maritim.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC