25
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MARITIM SERANTAU MELALUI TCTP-IMIC 2026

MARITIM MALAYSIA PERKASA FORENSIK DIGITAL MARITIM

MARITIM MALAYSIA - FILIPINA PERKUKUH KERJASAMA MELALUI SARCOMEX - 26

MENANGKAP IKAN DI KAWASAN LARANGAN, BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

AMSAS PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JAPAN COAST GUARD

PENGUMUMAN: PEMULIHAN BENCANA DI APMM

VESEL KLON, 14 NELAYAN VIETNAM DITAHAN DI PERAIRAN KELANTAN

MARITIM MALAYSIA LUPUS LEBIH 300 KILOGRAM SYABU

VE LAB KAJI NILAI PROJEK PEMBANGUNAN SWASLA SABAH FASA II

JOHOR BAHRU, 25 September – Makmal Kajian Nilai Kejuruteraan (Value Engineering Lab – VE Lab) bagi Projek Pembangunan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah Fasa II untuk Area Control Centre (ACC) Sandakan dan Remote Sensor Site (RSS) Malawali, Sabah telah dilaksanakan pada 21 hingga 24 September 2026 di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor.

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan VE Lab, sesi lawatan tapak turut diadakan di RSS dan ACC Tanjung Piai, Johor bagi memberikan gambaran berkaitan aspek operasi, fungsi, keperluan fasiliti serta penyelesaian teknikal yang berkaitan dengan pelaksanaan projek SWASLA.

VE Lab ini dilaksanakan bagi menilai dan memperhalusi cadangan pembangunan projek serta mengenal pasti alternatif yang dapat memberikan nilai dan kos yang optimum tanpa menjejaskan objektif, fungsi, kualiti serta keperluan operasi projek.

Projek Pembangunan SWASLA Sabah Fasa II telah diluluskan di bawah bajet Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) Tahun 2026 bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pelaksanaan VE Lab merupakan pendekatan penting dalam memastikan setiap komponen pembangunan diteliti secara menyeluruh dari aspek fungsi, keperluan teknikal, reka bentuk, kos dan kaedah pelaksanaan bagi mendapatkan penyelesaian yang bersesuaian serta memberikan nilai terbaik kepada projek.

VE Lab ini melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai Klien, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai Pihak Pengguna serta wakil teknikal daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Penglibatan turut melibatkan pegawai daripada Bahagian Pembangunan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan (BKPM) Ibu Pejabat Maritim Malaysia, warga SWASLA Sabah serta wakil SWASLA Lumut.

Perbincangan dan penilaian sepanjang VE Lab turut memberi tumpuan kepada keperluan reka bentuk dan pengoperasian ACC serta RSS agar pembangunan yang dirancang dapat menyokong keperluan operasi, pengawasan dan pemantauan maritim Maritim Malaysia.

Dapatan VE Lab ini diharap dapat memperkemas perancangan pembangunan, mengoptimumkan penggunaan sumber serta memastikan pelaksanaan projek SWASLA Sabah Fasa II dilaksanakan secara teratur, berkesan dan memenuhi keperluan operasi.

Pembangunan SWASLA Sabah Fasa II merupakan antara usaha Maritim Malaysia dalam memperkukuh keupayaan pengawasan dan pemantauan maritim melalui penyediaan infrastruktur serta sistem yang menyokong keupayaan penguatkuasaan, keselamatan dan perlindungan perairan negara.

Grid List

IPMZ MERSING PERKUKUH KEMAHIRAN PENGENDALIAN SENJATA MENERUSI UKMSK SIRI 2/2026

SIMPANG RENGGAM, 25 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing (IPMZ Mersing) telah melaksanakan Latihan dan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) Siri 2/2026 di Lapang Sasar Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam, Johor, semalam.

Latihan tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kemahiran, kecekapan dan kesiapsiagaan anggota dalam pengendalian senjata kecil, di samping memastikan setiap anggota sentiasa bersedia melaksanakan tugas penguatkuasaan maritim secara profesional, berdisiplin dan selamat.

Pelaksanaan UKMSK turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan, pengendalian senjata mengikut prosedur yang ditetapkan, pematuhan arahan serta disiplin sepanjang latihan bagi memastikan tahap kecekapan anggota sentiasa memenuhi keperluan operasi.

Selain menjadi medium penilaian kemahiran, latihan ini turut menyokong usaha berterusan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kompetensi sumber manusia serta meningkatkan kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi pelbagai situasi semasa melaksanakan tugas penguatkuasaan di laut.

Maritim Malaysia akan terus melaksanakan latihan dan penilaian kompetensi secara berkala bagi memastikan tahap profesionalisme, disiplin serta kesiapsiagaan warga sentiasa berada pada tahap optimum dalam mendukung keselamatan, penguatkuasaan dan kepentingan negara di laut.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC