KUANTAN, 21 September - Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) menerima kunjungan hormat delegasi Japan Coast Guard (JCG) sempena pelaksanaan Kursus Capacity Enhancement for Coast Guard Officers: International Maritime Interdiction Course (IMIC) di bawah Third Country Training Programme (TCTP).
Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Mr. Nishimura Issei dan disambut oleh Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, bersama barisan pegawai kanan AMSAS di Bangunan Pentadbiran Utama AMSAS.
Pertemuan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara AMSAS dan JCG, khususnya dalam bidang latihan, pembangunan kapasiti serta peningkatan kompetensi pegawai penguat kuasa maritim.
Selain itu, kunjungan berkenaan turut menjadi platform pertukaran pandangan, perkongsian pengalaman dan penerokaan peluang kerjasama masa hadapan dalam memperkukuh keupayaan latihan maritim di peringkat serantau dan antarabangsa.
Pelaksanaan kursus IMIC di bawah TCTP mencerminkan komitmen berterusan AMSAS dalam menyokong pembangunan profesional pegawai penguat kuasa maritim melalui pendedahan kepada amalan terbaik, pengalaman operasi dan pendekatan latihan bertaraf antarabangsa.
AMSAS akan terus memperluas jaringan kerjasama antarabangsa dengan rakan strategik luar negara bagi memperkukuh kompetensi, profesionalisme dan kesiapsiagaan warga maritim, sekali gus menyokong usaha meningkatkan keselamatan serta keupayaan penguatkuasaan maritim negara.













.svg.png)

