25
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN MARITIM SERANTAU MELALUI TCTP-IMIC 2026

MARITIM MALAYSIA PERKASA FORENSIK DIGITAL MARITIM

MARITIM MALAYSIA - FILIPINA PERKUKUH KERJASAMA MELALUI SARCOMEX - 26

MENANGKAP IKAN DI KAWASAN LARANGAN, BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

AMSAS PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JAPAN COAST GUARD

PENGUMUMAN: PEMULIHAN BENCANA DI APMM

VESEL KLON, 14 NELAYAN VIETNAM DITAHAN DI PERAIRAN KELANTAN

MARITIM MALAYSIA LUPUS LEBIH 300 KILOGRAM SYABU

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KEMAHIRAN DAN KERJAYA PEGAWAI PENGUAT KUASA

LANGKAWI, 25 September — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh pembangunan kompetensi dan profesionalisme warga penguat kuasa menerusi Bengkel Pemurnian Dasar Kemahiran dan Kerjaya Pegawai Penguat Kuasa (DPKM) 2019 yang berlangsung selama lima hari, dari 21 hingga 25 September di Akademi Hevea Malaysia, Langkawi, Kedah.

Bengkel itu melibatkan 24 peserta daripada Bahagian Sumber Manusia (BSM) Ibu Pejabat Maritim Malaysia dan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), dengan fokus memurnikan serta memperhalusi kandungan DPKM supaya selaras dengan keperluan semasa organisasi.

Selain itu, bengkel memberi tumpuan kepada penyelarasan struktur dan komponen standard kemahiran serta laluan kerjaya pegawai penguat kuasa secara lebih sistematik dan komprehensif bagi menyokong pembangunan kompetensi, profesionalisme serta keupayaan operasi warga Maritim Malaysia.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk pembentangan draf awal DPKM, perbincangan struktur dan komponen dasar, kerja kumpulan, pemurnian kandungan, penyelarasan dokumen, sesi maklum balas serta semakan akhir dokumen.

Pendekatan secara kolaboratif itu memberi ruang kepada peserta menyelaras kandungan dasar secara bersama bagi memastikan dokumen yang dihasilkan lebih jelas, tepat, berkualiti, relevan dan praktikal untuk menyokong pembangunan sumber manusia Maritim Malaysia secara berterusan.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkasa pengurusan sumber manusia melalui dasar dan standard kemahiran yang jelas serta bersesuaian dengan keperluan organisasi, sekali gus memastikan warga penguat kuasa terus memiliki kompetensi dan profesionalisme yang diperlukan dalam mendepani tuntutan operasi serta cabaran keselamatan maritim yang dinamik.

Grid List

IPMZ MERSING PERKUKUH KEMAHIRAN PENGENDALIAN SENJATA MENERUSI UKMSK SIRI 2/2026

SIMPANG RENGGAM, 25 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing (IPMZ Mersing) telah melaksanakan Latihan dan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) Siri 2/2026 di Lapang Sasar Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam, Johor, semalam.

Latihan tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kemahiran, kecekapan dan kesiapsiagaan anggota dalam pengendalian senjata kecil, di samping memastikan setiap anggota sentiasa bersedia melaksanakan tugas penguatkuasaan maritim secara profesional, berdisiplin dan selamat.

Pelaksanaan UKMSK turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan, pengendalian senjata mengikut prosedur yang ditetapkan, pematuhan arahan serta disiplin sepanjang latihan bagi memastikan tahap kecekapan anggota sentiasa memenuhi keperluan operasi.

Selain menjadi medium penilaian kemahiran, latihan ini turut menyokong usaha berterusan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kompetensi sumber manusia serta meningkatkan kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi pelbagai situasi semasa melaksanakan tugas penguatkuasaan di laut.

Maritim Malaysia akan terus melaksanakan latihan dan penilaian kompetensi secara berkala bagi memastikan tahap profesionalisme, disiplin serta kesiapsiagaan warga sentiasa berada pada tahap optimum dalam mendukung keselamatan, penguatkuasaan dan kepentingan negara di laut.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC