09
Rab, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MALAYSIA - THAILAND PERKUKUH KESELAMATAN SEMPADAN, MARITIM MALAYSIA PERKASA KERJASAMA PENGUATKUASAAN MARITIM

HATYAI, 7 September – Malaysia dan Thailand terus memperkukuh kerjasama keselamatan sempadan menerusi Mesyuarat Regional Border Committee (RBC) Ke-119, yang berlangsung di Hansa JB Hotel, Hatyai, Thailand, baru-baru ini.

Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, selaku Malaysia Joint Chairman (MJC) dan Commanding General, 4th Army Area, Royal Thai Army, Lieutenant General Noratip Poynok, selaku Thailand Joint Chairman (TJC).

Turut menyertai delegasi Malaysia ialah Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony.

Mesyuarat berkenaan membincangkan pelbagai isu berkepentingan strategik, khususnya usaha memperkukuh keselamatan dan kawalan sempadan, termasuk langkah membanteras jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan, pengedaran dadah dan pemerdagangan manusia.

Menurut Laksamana Pertama Maritim Vincent, perbincangan turut memberi penekanan kepada pemanfaatan teknologi terkini, sistem pemantauan, perkongsian maklumat dan risikan bagi meningkatkan keberkesanan pengesanan serta tindakan penguatkuasaan di kawasan sempadan, termasuk perairan Malaysia - Thailand.

“Kerjasama keselamatan maritim antara Malaysia dan Thailand amat penting dalam memastikan sempadan perairan kedua-dua negara terus selamat dan terkawal. Perkongsian maklumat, risikan serta penyelarasan operasi secara berterusan akan memperkukuh keupayaan kita dalam mengekang ancaman jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks dan dinamik.” katanya ketika ditemui.

Tambahnya lagi, dalam memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara, Maritim Malaysia memainkan peranan strategik sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang maritim negara, termasuk melaksanakan penguatkuasaan, pemantauan dan rondaan perairan serta tindakan terhadap aktiviti yang mengancam keselamatan, ketenteraman dan kedaulatan negara.

Kerjasama erat dengan agensi keselamatan Thailand turut memperkukuh keupayaan kedua-dua negara dalam menangani ancaman yang merentasi sempadan dan tidak mengenal sempadan geografi.

Sebelum mesyuarat berlangsung, satu sesi Kunjungan Hormat Malaysian Joint Committee (MJC) kepada Thailand Joint Committee (TJC) turut diadakan sebagai platform memperkukuh hubungan, persefahaman dan jaringan kerjasama antara ketua-ketua komponen keselamatan Malaysia dan Thailand.

Untuk rekod, penganjuran RBC Ke-119 ini menjadi wadah penting diplomasi pertahanan dan keselamatan dalam memperkukuh kerjasama darat, udara dan maritim, selain pengurusan bencana alam serta penyelarasan operasi antara kedua-dua negara.

Dalam sesi penggulungan, kedua-dua pihak turut menzahirkan penghargaan terhadap keberkesanan mekanisme kerjasama sedia ada, termasuk peningkatan kejayaan operasi dalam membanteras jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks dan dinamik.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mejar Jeneral Abu Hashim bin Jamaludin, selaku Intelligence Working Group Chairman; Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Zamsari bin Abu Hasan, selaku Land Working Group Chairman; Laksamana Muda Dato' Azman bin Rabani, selaku Maritime Working Group Chairman; Mejar Jeneral Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM, selaku Air Working Group Chairman (AWG) serta rakan sejawat masing-masing dan pegawai-pegawai kanan pelbagai agensi Malaysia dan Thailand.

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC