02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

PUTRAJAYA, 17 November - Laksamana Madya Maritim Datuk Hj Ibrahim bin Hj Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah Operasi TKP(O) Maritim Malaysia akan bersara wajib pada 18 November 2020, esok.
 
Perkhidmatan beliau dalam perkhidmatan awam bermula dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 26 tahun dan memasuki Maritim Malaysia pada tahun 2006. Beliau telah menyandang pelbagai jawatan sepanjang tempoh perkhidmatan yang melibatkan Operasi Penguatkuasaan, Siasatan, Sumber Manusia, Dasar dan Penyelarasan Eksesais Maritim sehingga beliau menjawat jawatan kedua tertinggi dalam agensi pada Ogos 2019.
 
Beliau juga telah menyumbang banyak kejayaan kepada Maritim Malaysia khususnya dalam aspek operasi seperti OP NAGA, OP BENTENG dan OP KUDA LAUT, selain di lantik sebagai Timbalan Komander di dalam National Task Force (NTF).
Hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan beliau dan diraikan dalam majlis JasaMu DiKenang serta istidat ‘street lining’ yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.
 
Berikutan itu, Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia turut diadakan di Pejabat Maritim Malaysia dengan disaksikan Ketua Pengarah, Laksamana Maritim, YBhg. Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som serta barisan pegawai dan anggota penguat kuasa maritim seluruh negara.
 
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Hassan, menerima tugas selaku pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia mulai esok, 18 November 2020.
Serentak dengan Majlis Jasamu Dikenang juga dilangsungkan majlis Pelancaran Buku Maritime Domain Awareness (MDA) yang merupakan sentuhan terakhir beliau sebelum meninggalkan Maritim Malaysia ini.
 
Majlis JasaMu Dikenang ini juga turut meraikan 14 pegawai dan anggota yang telah dan bakal bersara daripada Ibu Pejabat serta negeri.

 WhatsApp Image 2020 11 17 at 1.39.59 PM    WhatsApp Image 2020 11 17 at 1.39.52 PM  
       
 WhatsApp Image 2020 11 17 at 1.40.30 PM    WhatsApp Image 2020 11 17 at 1.40.28 PM  
       

OP CARILAMAT : SEORANG LAGI WARGA MYANMAR, DISYAKI JATUH LAUT

 

WhatsApp Image 2020 11 09 at 3.01.41 PM

PELABUHAN KLANG, 9 November - Seorang warga Myanmar kru bot nelayan tempatan disyaki jatuh laut di kedudukan 21 batu nautika dari Pantai Sungai Besar, Selangor kira- kira jam 4.00 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan dan laporan polis dari Balai Polis Sekinchan pada jam 9.30 pagi tadi tentang kejadian berkenaan dan bertindak mengarahkan aset Maritim Malaysia ke lokasi kejadian.

Aung Ko Hlaing, 22, warga Myanmar disyaki jatuh laut ketika melakukan kerja-kerja di atas bot majikannya.

Pakaian terakhir mangsa jersey lengan panjang berwarna oren/merah dan seluar pendek berwarna hitam dan tidak memakai jaket keselamatan ketika berada di atas bot.

Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT pada jam 10.30 pagi ini dengan keluasan 130 batu nautika persegi.

Pengkalan Hadapan Carilamat (PHC)turut ditubuhkan di Jeti LKIM, Sekinchan. Aset agensi sahabat yang terlibat dalam operasi antaranya KD Gagah Samudera (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan komuniti maritim di sekitar perairan.

Orang awam yang ingin membuat pertanyaan dan aduan boleh menghubungi ditalian 03-31769100/0627.

MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS GAGALKAN CUBAAN SELUDUP RM 11.3 JUTA SYABU

LANGKAWI, 27 September - Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis Syabu seberat lebih kurang 56.5kg dianggarkan bernilai RM 11.3 juta dalam ‘Op Eagle Eye’  di kedudukan 2.3 batu nautika timur laut Tanjung Kemarong dekat sini pada Jumaat 25 September 2020 lepas.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata ketulan syabu yang diletakkan dalam dua beg hitam cuba diseludup dari negara jiran menerusi perairan Langkawi sebagai transit yang disyaki untuk di hantar ke  luar negara.

Hasil maklumat risikan dan pemantauan  Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Langkawi pada hari Jumaat jam lebih kurang 1.00 pagi,  Bot Kilat APMM berjaya  mengesan pergerakan mencurigakan sebuah bot kayu bersama dua suspek dari arah sempadan negara jiran melalui perairan berhampiran Tanjung Kemarong.

Bot suspek bertindak  memecut lari apabila menyedari  Bot Kilat sedang menghampiri mereka.

Dalam usaha melepaskan diri, bot kayu itu  beberapa kali cuba merempuh Bot Kilat yang mengejar mereka selama hampir  40 minit sebelum dua suspek bertindak nekad terjun ke laut.

Sejurus Bot Kilat berjaya merapat dan menghentikan bot suspek,  dua beg hitam dijumpai disorok di bawah pukat di haluan hadapan bot dan pemeriksaan lanjut mendapati beg-beg tersebut mengandungi 51 bungkusan teh cina dibaluti plastik lut sinar mampat yang mengandungi hablur warna putih yang disyaki dadah jenis syabu.

Operasi Carilamat  diaktifkan selepas usaha kru Bot Kilat mencari dua  suspek yang terjun ke laut tidak berjaya ditemui  akibat cuaca buruk dan keadaan laut yang bergelora ketika kejadian.

Sehingga hari ini Op Carilamat masih diteruskan dan pasukan SAR belum menemui sebarang petunjuk.

Jelas beliau lagi modus operandi sindiket penyeludupan dadah ini telah dapat dihidu berikutan kejayaan rampasan ganja yang ditemui terapung di laut yang bernilai RM 1.6 juta pada 3 September lalu yang mana mereka cuba mengubah modus operandi dengan menggunakan bot nelayan kelas A bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Kejayaan mematahkan cubaan menyeludup syabu dalam kejadian ini merupakan rampasan dadah terbesar bagi Maritim Negeri Kedah dan Perlis pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan  rampasan dadah jenis Syabu dan Ganja bernilai RM14.4 juta.   

Kesemua syabu dan bot suspek dibawa ke Jeti MNKP di Bukit Malut dan diserah kepada pegawai penyiasat MNKP untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Maritim Malaysia menerusi Maritim Negeri Kedah dan Perlis akan terus komited memburu untuk membanteras jenayah sindiket penyeludupan dadah terutama yang melibatkan jenayah rentas sempadan agar aktiviti haram ini dapat dihapuskan secara menyeluruh dari memasuki negara. Justeru itu, kerjasama daripada komuniti maritim amat diperlukan untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang aduan  berkaitan  aktiviti yang mencurigakan dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750 / 04-966 5307.

Aset-aset APMM ketika ini masih terus terlibat di dalam Op Benteng dengan jumlah aset sepertimana yang diarahkan bagi mengekang kemasukan migran ke negara ini melalui pintu masuk sempadan yang tidak diwartakan.

b4612d1e b28e 4f42 b412 4b5bc40e31e4    0e162113 0af6 477f aa3a 30bfa7f1d8c4 
     
74aa7625 825c 4823 bf33 386318c07209   260aa5c7 8f8d 4b63 8d55 aef7a9ed8c3f
     
e1b9aab9 077b 4488 b06d f4e2b1c8e2e8   41edc78b 09f5 4543 9221 2a6dade7c4c6

SIARAN MEDIA DUA BOT KARAM DI PERAIRAN NEGERI SELANGOR

 
 WhatsApp Image 2020 10 09 at 9.00.21 AM
 
 
PELABUHAN KLANG, 9 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor telah mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat dalam dua kejadian berasingan yang melibatkan insiden bot karam di perairan Selangor, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, pada sekitar jam 4.00 petang semalam, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima maklumat bot nelayan tempatan Kelas C yang karam akibat dipukul ribut di kedudukan 23.08 batu nautika muara Kuala Selangor oleh Maritime Rescue Sub-Centre Johor Bahru (MRSC Johor Bahru) yang mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat.
Difahamkan terdapat lima kru termasuk tekong berada di atas bot terbabit namun hanya dua kru sahaja sempat diselamatkan. Kesemua mereka adalah warga Indonesia berumur dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun.
Tambah Rosli, satu lagi insiden kejadian sebuah bot fiber karam pada jarak lebih kurang 2.9 batu nautika di perairan Tg. Sepat, Selangor, dilaporkan pada jam 5.25 petang. Bot yang dikemudi oleh seorang lelaki dan anaknya, warga tempatan itu karam akibat cuaca buruk.
Anak mangsa, Mohd Farizal bin Abdul Rahman, 40, diselamatkan oleh bot nelayan berhampiran dan beliau memaklumkan ayahnya telah hilang bersama bot.
Farizal berkata, beliau dan bapanya keluar ke laut pada jam 7.00 pagi untuk mencari udang. Mangsa yang hilang, Abdul Rahman bin Mat Kasim,66, kali terakhir dilihat memakai t-shirt dan seluar berwarna hitam. Pencarian dilakukan dengan keluasan 50 batu nautika persegi yang melibatkan aset Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

MARITIM NEGERI PAHANG GAGALKAN CUBAAN MENYELUDUP MASUK ROKOK DIANGGARKAN BERNILAI RM 213 RIBU

KUANTAN, 25 September Maritim Malaysia Negeri Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rokok di Muara Kuala Kuantan lebih kurang jam 2 pagi tadi.

Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang berkata, Bot Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Operasi Makmur di kawasan Kuala Kuantan telah mengesan sebuah bot fiber yang dinaiki 2 orang lelaki melalui persisiran pantai menuju ke dalam Sungai Kuantan dalam keadaan bergelap dan mencurigakan. Bot fiber tersebut berhenti di tepi tebing dan kelihatan juga lampu kenderaan disyaki menunggu mereka di tepi sungai untuk mengambil barang.

“Sebaik sahaja mereka menyedari kehadiran anggota maritim, kesemua lelaki tersebut terus berlari kearah kenderaan yang berada di darat dan melarikan diri menggunakan kenderaan tersebut”, tambah beliau lagi.

Hasil pemeriksaan lanjut di atas bot fiber yang ditinggalkan didapati terdapat 32 kotak berwarna merah dan hijau yang berisi 320 ribu batang rokok putih disyaki rokok tidak bercukai. Kita percaya bahawa rokok-rokok yang cuba diseludup ini merupakan rokok yang bakal dipasarkan di pasaran tempatan.

Kesemua rokok dianggarkan bernilai RM 213 ribu termasuk cukai, dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot fiber berserta enjin 40hp dianggarkan bernilai RM 220 ribu, kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia dan akan didakwa di bawah Akta Kastam 1967.

Maritim Negeri Pahang akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan di laut dari masa ke semasa bagi memastikan sebarang kesalahan dan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras agar perairan Pahang sentiasa selamat, aman dan terkawal.  Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

1   2 

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC