10
Kha, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

PROGRAM SEMBANG SANTAI MARITIM NEGERI PAHANG BERSAMA KOMUNITI NELAYAN DI KAMPUNG TEKEK, PULAU TIOMAN

PULAU TIOMAN, 5 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Pahang telah menganjurkan Program Sembang Santai Bersama Komuniti Nelayan bertempat di Kampung Tekek, Pulau Tioman, semalam.

Program tersebut dihadiri oleh Ketua Komuniti Nelayan Kawasan Kampung Tekek, Encik Nasarudin bin Ali dan Ketua Kampung Tekek dan Kampung Air Batang, Encik Zulkarnaini bin A.Hamid serta ahli-ahli Persatuan Nelayan Pulau Tioman bersama Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh serta pegawai dan anggota dari Maritim Negeri Pahang dan Pos Maritim Teluk Gading.

Turut hadir dalam program tersebut Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Bin Zakaria.

Program dimulakan dengan ucapan aluan Pengarah Maritim Negeri Pahang seterusnya sesi dialog bersama komuniti maritim yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain untuk memberi peluang kepada komuniti membincangkan isu-isu, luahan masalah yang dihadapi dan aduan yang berkaitan dengan Maritim Malaysia serta langkah-langkah penyelesaian dan jawapan secara bersama oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang dan Pengarah Maritim Negeri Johor.

Program ini juga membincangkan mengenai penguatkuasaan, pencerobohan bot nelayan asing Vietnam dan kesedaran keselamatan di laut terutamanya pemakaian jaket keselamatan serta penekanan kepada komuniti mengenai penggunaan Personal Locator Beacon, MCG Info dan muat turun aplikasi myCuaca dimana keadaan cuaca berada di fasa peralihan Monsun Timur Laut yang sedang melanda Pantai Timur.

 E    b
c   a

PAMERAN MARITIM MALAYSIA DI PROGRAM “KITA DEMI NEGARA” SIRI KEDUA ZON SABAH BIL 1/2022

KOTA KINABALU, 3 Oktober -  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyertai pameran Sempena Program “KITA DEMI NEGARA” SIRI KEDUA ZON SABAH BIL 1/2022 pada 1 dan 2 Oktober 2022 yang diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Program “Kita Demi Negara” merupakan satu platform untuk membentuk Keluarga Malaysia yang prihatin dan meningkatkan patriotisme dikalangan rakyat khususnya orang negeri Sabah.

Dalam pameran tersebut Maritim Negeri Sabah telah mempamerkan beberapa jenis senjata api kecil milik Maritim Malaysia  yang digunakan semasa operasi, model kapal dan bot Maritim Malaysia serta penerangan kerjaya maritim kepada pelajar-pelajar sekolah. Pameran yang berlangsung selama dua hari mendapat sambutan hangat daripada orang Sabah terutamanya sekitar Kota Kinabalu. Selain itu Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia turut melakukan demostrasi operasi menyelamat di atas kapal yang juga melibatkan aksi “Fast Roping” dari pesawat udara Maritim Malaysia.

Bot ADAL 03 dari ZM Kudat juga turut dipamerkan dalam program tersebut untuk memberi peluang kepada pengunjung bergambar mengenali Maritim Malaysia dengan lebih dekat lagi.

 312b79ce 635b 4336 807d b7665bfd0c87 1   IMG 0743 

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI PERNIAGAAN BSN KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 4 Oktober – Ketua Pegawai Perniagaan Bank Simpanan Nasional (BSN), Encik Mujibburrahman Abd Rashid mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil Bin Md Som di Putrajaya tengah hari tadi.

Kunjungan diadakan bagi tujuan untuk menjalinkan kerjasama antara agensi dan Bank Simpanan Nasional sebagai sebuah agensi kewangan tempatan yang menawarkan perkhidmatan perbankan di Malaysia.

ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA HARI JADI RASMI KE 69 TYT SABAH

KOTA KINABALU, 3 Oktober - Sempena menyambut Hari Jadi Rasmi ke -69, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (DR.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang Di- Pertua Negeri Sabah pada 1 Oktober 2022, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Negeri Sabah dan W.P labuan telah menghantar satu kontijen seramai 30 orang anggota maritim  yang terdiri daripada pelbagai pangkat untuk menyertai perbarisan tersebut.

Kontinjen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan telah diketuai oleh Leftenan Maritim Zulkifli bin Husain. Istiadat perbarisan ini turut disertai beberapa agensi keselamatan yang lain.

19940bf8 792e 4453 b767 fc0a6bdf695e     

LAWATAN KERJA tIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) MARITIM MALAYSIA KE MARITIM NEGERI PULAU PINANG

GEORGETOWN, 1 Oktober - Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim hadir ke Maritim Negeri Pulau Pinang pada 30 September lalu.
 
Lawatan diadakan bagi memantau pelaksanaan pembaikan dan senggaraan aset operasi Maritim Negeri Pulau Pinang agar kesemua perkara diberikan perhatian agar pengoperasian Maritim Malaysia dapat dikendalikan dengan baik dan optimum.
 
Delegasi lawatan turut disertai Pengarah Bahagian Kejuruteraan Ibu pejabat Maritim Malaysia bersama beberapa lagi pegawai.
 
 WhatsApp Image 2022 10 02 at 12.28.01 PM 1   WhatsApp Image 2022 10 02 at 12.28.01 PM   
       
 WhatsApp Image 2022 10 02 at 12.28.02 PM 1    WhatsApp Image 2022 10 02 at 12.28.03 PM  
       
.

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC