08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS LAKUKAN UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL

LANGKAWI, 12 Oktober - Seramai 100 orang pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis mengikuti ujian menembak menggunakan senjata kecil bertempat di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM) pada 11 dan 12 Oktober lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Bin Mustafa berkata, program ini diadakan bertujuan menguji tahap kecekapan dan kemahiran anggota dalam mengendalikan senjata api yang sering digunakan semasa menjalankan operasi di laut.

Ujian ini secara tidak langsung dapat meningkatkan disiplin serta rasa bertanggungjawab anggota ketika mengendalikan senjata semasa bertugas.

Selain itu juga, ia dapat dijadikan sebagai medium terbaik untuk setiap anggota menguji dan meningkatkan kemahiran pengendalian senjata.

1    2 
     
 3    4

LATIHAN PENEMBAKAN SENJATA KECIL PERINGKAT IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 18 Oktober- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak telah melaksanakan latihan penembakan senjata kecil di Lapang Sasar Pulapol Kuching, Sarawak pada hari ini.

Latihan tahunan tersebut dilaksanakan bagi menguji tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota dalam menghadapi salah laku jenayah semasa bertugas di perairan Sarawak khursusnya.

Selain itu, latihan ini bertujuan untuk menguji keberkesanan senjata api kecil dan juga merupakan sesi refreshment kepada pegawai dan anggota dalam tatacara pengendalian langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan senjata api.

Seramai 11 orang pegawai dan 58 orang anggota terlibat dalam latihan penembakan senjata api kecil tersebut.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus mengucapkan ribuan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memastikan latihan ini dapat berlangsung dengan jayanya.

WhatsApp Image 2022 10 18 at 12.11.31 PM   WhatsApp Image 2022 10 18 at 12.11.31 PM 1
     
WhatsApp Image 2022 10 18 at 12.11.31 PM 2   WhatsApp Image 2022 10 18 at 12.11.31 PM 5
     
WhatsApp Image 2022 10 18 at 12.11.31 PM 4   WhatsApp Image 2022 10 18 at 12.11.31 PM 6

SEKITAR SESI TAKLIMAT DAN PEMILIHAN ANGGOTA BAHARU BADAN BERUNIFORM UMT (PASKAM)

KUALA TERENGGANU, 14 Oktober – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kedua yang meletakkan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) dalam bidang ko-kurikulum universiti menerusi aktiviti pasukan beruniform selepas Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Kursus ini ditawarkan kepada para pelajarnya yang sedang menuntut dalam program Ijazah Sarjana Muda yang dijalankan selama empat semester pengajian.

Ia membabitkan teori seperti peranan dan tugas Maritim Malaysia, pengenalan undang-undang Akta 633, penggeledahan, tali temali, latihan kawad, kemahiran menembak, ilmu kelautan dan latihan renang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Maritim Negeri Terengganu bertindak sebagai penyelaras bagi program ini.

Pelaksanaan PASKAM memberi impak positif kepada agensi untuk menarik minat serta memberi pengetahuan kepada orang awam bermula dari peringkat sekolah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkenaan peranan dan fungsi sebenar Maritim Malaysia sebagai penguat kuasa di Zon Maritim Malaysia (ZMM).

LATIHAN MENEMBAK SENJATA KECIL PISTOL DAN RIFLE MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 13 Oktober – Unit Keselamatan Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang (MNP) mengadakan latihan dan uijan menembak senjata kecil pistol dan rifle bertempat di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am Galing baru - baru ini.

Program julung kali diadakan pada tahun 2022 ini melibatkan seramai 152 orang termasuk pegawai, pegawai lain-lain pangkat dan pegawai gunasama dari semua seksyen dan unit. Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh juga turut hadir meriahkan aktiviti ini.

Pengisian program latihan menembak selama dua hari itu terdiri daripada sesi taklimat dan latihan praktikal mengenai tatacara dan aspek keselamatan pengendalian senjata kecil dengan betul.

Pertandingan menembak juga turut diadakan bagi anggota yang terpilih melibatkan acara falling plate bagi kategori perseorangan dan berkumpulan.

Bagi kategori pistol, senjata api yang digunakan adalah Glock 19 dan CZ 75 manakala kategori rifle melibatkan penggunaan rifle Colt M-16, Colt Modular, Adcor Elite, HK 416, HK UMP dan CZ Scorpion.

Latihan menembak pada kali ini berjaya disempurnakan dengan jayanya oleh semua warga MNP yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung khususnya bagi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang dilantik serta dapat mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili MNP ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

AA   d 
b   e

PROGRAM SAHABAT MARITIM SANTUNI KOMUNITI NELAYAN BELAWAI BERSAMA ZON MARITIM TANJUNG MANIS

BELAWAI, 6 Oktober – Zon Maritim Tanjung Manis telah berjaya melaksanakan Program Sahabat Maritim bersama Komuniti Nelayan di Perkampungan Belawai dan telah disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang dengan kerjasama Ketua Kampung Belawai Hilir Encik Mohd bin Tai dan Pengerusi Persatuan Nelayan Belawai Encik Tamrin bin Bustaman pada selasa, 4 oktober lalu.

Kampung Belawai telah dipilih sebagai lokasi Program Sahabat Maritim pada tahun ini kerana kedudukannya yang strategik, terletak berhampiran persisiran pantai dengan kapasiti penduduk lebih kurang 300 buah rumah di mana majoriti penduduk adalah nelayan yang mengusahakan bot-bot kecil untuk aktiviti penangkapan ikan di Perairan Belawai.

Seramai lebih kurang 50 orang komuniti maritim telah hadir di mana fokus utama program pada kali ini adalah untuk menyampaikan 30 unit jaket keselamatan kepada komuniti maritim disamping untuk mengeratkan hubungan di antara Maritim Malaysia dengan nelayan setempat.

Selain penyampian jaket keselamatan, Sesi Dialog juga turut diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa di perairan Sarawak terutamanya berkaitan dengan kesedaran keselamatan di laut di mana Maritim Malaysia menekankan kepentingan pemakaian jaket keselamatan, sentiasa memeriksa dan memastikan bot dalam keadaan yang baik sebelum ke laut, menyemak ramalan cuaca, dan harus memaklumkan tempat yang dituju kepada ahli keluarga atau rakan sebelum turun ke laut.

WhatsApp Image 2022 10 06 at 8.42.01 AM   WhatsApp Image 2022 10 06 at 8.42.01 AM 1
     
WhatsApp Image 2022 10 06 at 8.42.01 AM 2   WhatsApp Image 2022 10 06 at 8.42.01 AM 3
     
WhatsApp Image 2022 10 06 at 8.42.01 AM 4   WhatsApp Image 2022 10 06 at 8.42.01 AM 5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC