17
Rab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

LAWATAN KERJA DAN PERJUMPAAN BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI KE POS MARITIM TELUK GADING

TELUK GADING, 14 September – Yang Berbahagia Laksamana Muda Maritim Hamid bin Hj Mohd Amin, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia telah melaksanakan lawatan kerja dan perjumpaan bersama ke Pejabat Pos Maritim Teluk Gading, Kuala Rompin, petang semalam. 

Ketibaan beliau disambut baik oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Bin Jusoh, Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Muhammad Suhairy Bin Hussain serta pegawai dan anggota Pos Maritim Teluk Gading.

Lawatan kerja bertujuan membincangan isu-isu berkaitan Pos, keanggotaan, integriti dalam kalangan pegawai dan anggota, perisikan serta kekangan yang dihadapi oleh Pos Maritim Teluk Gading semasa pengoperasian dan penguatkuasaan di sekitar kawasan khususnya.

Beliau juga dibawa melawat kawasan sekitar jeti Pos yang digunakan bagi penempatan bot-bot peronda Maritim Malaysia seterusnya mengambil peluang untuk manaiki Bot Perkasa 1246 bagi meninjau kawasan muara dan perairan Pahang.

Perjumpaan bersama juga turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Perisikan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Dasar Penempatan dan Elaun, Kepten Maritim Zulinda binti Ramly.

1    3 

KURSUS INTERMEDIATE INTERDICTION ZON MARITIM KUALA KEDAH TAHUN 2022

ALOR SETAR, 8 September – Seramai 20 peserta Pegawai Penguat Kuasa LLP berpangkat LK dan LK I Maritim telah berjaya menamatkan Kursus Intermediate Interdiction 2022 yang berlangsung pada 4 hingga 8 September 2022 di Pejabat Zon Maritim Kuala Kedah.

Objektif utama kursus adalah untuk memberi penekanan khusus berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) kapal dan bot APMM. Selain itu, anggota juga dapat meningkatkan pengetahuan secara teori dan praktikal asas dalam menjalankan tugas menggeledah serta meningkatkan kemahiran dan keyakinan sebagai anggota menggeledah.

Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini dimulakan dengan sesi teori yang telah dijalankan di Bilik Taklimat Pejabat ZMKH dan seterusnya sesi praktikal telah dilakukan di Marina Harbor Kuala Kedah.

Zon Maritim Kuala Kedah telah menjemput empat orang jurulatih berpengalaman dari Mobile Training Team (MTT) APMM sebagai tenaga pengajar yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Nurul Hanin binti Mohd Isa, Leftenan Komander Maritim Mohd Amerul Aznor bin Mohd Azmi, Leftenan Maritim Azman bin Md Elah@Mazalah dan Leftenan Maritim Mohd Mahlil bin Mad Zin.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah.

WhatsApp Image 2022 09 08 at 6.55.12 PM    WhatsApp Image 2022 09 08 at 6.55.12 PM 1 
 WhatsApp Image 2022 09 08 at 6.55.12 PM 4    WhatsApp Image 2022 09 08 at 6.55.12 PM 6

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) KE ATAS PENGARAH JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT), POLIS DIRAJA MALAYSIA

PUTRAJAYA, 15 September –  Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim melakukan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), YDH CP Datuk Wira Mat Kasim Bin Karim di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, semalam.

Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk merapatkan hubungan dua hala di antara kedua-dua Jabatan Kerajaan selain membincangkan penambahbaikan hal-hal berkaitan kenderaan jabatan dan kerjasama di antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2022 09 14 at 8.38.57 PM    WhatsApp Image 2022 09 14 at 8.38.57 PM 1   
       
 WhatsApp Image 2022 09 14 at 8.38.58 PM    WhatsApp Image 2022 09 14 at 8.38.58 PM 1  
       
       

UJIAN KECERGASAN ZM LABUAN

LABUAN, 14 September - Zon Maritim Labuan telah berjaya mengadakan Ujian Kecergasan bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, semalam. Ujian ini diadakan adalah untuk memastikan tahap kecergasan dan kesihatan pegawai dan anggota Maritim Malaysia amnya supaya berada pada tahap yang terbaik disamping menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Seiring dengan program 3K yang telah dianjurkan oleh KESMAR, warga Zon Maritim Labuan perlu sentiasa segak dan berketerampilan.

WhatsApp Image 2022 09 15 at 9.14.17 AM   WhatsApp Image 2022 09 14 at 12.11.04 PM
     
WhatsApp Image 2022 09 15 at 9.13.36 AM   WhatsApp Image 2022 09 15 at 9.13.56 AM
     
WhatsApp Image 2022 09 14 at 12.11.03 PM 1   WhatsApp Image 2022 09 14 at 12.11.03 PM

MRSC KUCHING MENGKOORDINASI EKSESAIS SAREX TAHAP 3 BERSAMA PELBAGAI AGENSI DALAM OPERASI CARILAMAT DI NEGERI SARAWAK

KUCHING, 5 September – Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah melaksanakan Eksesais Mencari dan Menyelamat atau Search and Rescue Exercise (SAREX) MN Sarawak Level 3 Bil.1 Tahun 2022 bermula pada hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Yousry bin Yaali berkata eksesais SAREX akan berlangsung selama empat hari, bermula pada 5 hingga 8 September yang akan dikendalikan oleh MRSC Kuching bertempat di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) dan sekitar perairan Tanjung Po - Muara Tebas.

Eksesais SAREX tahap 3 ini melibatkan 21 agensi iaitu Maritim Malaysia, MKN, PDRM, PPM, PGU, TLDM, TUDM, JBPM, APM, JPLS, JLM, KKM, CAAM, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sarawak Coast Guard, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pejabat Daerah Kuching, Hospital Umum Sarawak, Persatuan Nelayan Negeri Sarawak dan Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak dengan kekuatan seramai 134 orang.

Tujuan Eksesais SAREX tahap 3 MN Sarawak ini dilaksanakan adalah untuk menerangkan pelaksanaan dan pengendalian Operasi Mencari Dan Menyelamat (CARILAMAT) di MRSC Kuching disamping untuk menguji Prosedur Tetap Mencari Dan Menyelamat Maritim Malaysia supaya dapat meningkatkan persefahaman, keupayaan untuk mengkoordinasi dan memantapkan hubungan kerjasama antara Maritim Malaysia bersama agensi yang terlibat dalam Operasi CARILAMAT di perairan negeri Sarawak.

Martim Malaysia juga turut ingin memaklumkan kepada orang awam terutamanya komuniti maritim berkenaan eksesais SAREX tahap 3 fasa laut yang akan dilaksanakan di sekitar perairan Tanjung PO melibatkan pengoperasian aset laut serta udara sepanjang latihan berlangsung.

Komuniti maritim turut dinasihatkan agar tidak panik dan dimohon untuk menjauhi kawasan latihan serta memberi laluan sewajarnya sehingga latihan tamat dijalankan pada 7 September lebih kurang pada jam 4 petang.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544.

WhatsApp Image 2022 09 05 at 3.50.15 PM 2   WhatsApp Image 2022 09 05 at 3.50.15 PM 1 

Lebih banyak artikel..

Grid List

"TIADA KOMPROMI TERHADAP ANCAMAN DI PERAIRAN NEGARA," - MDN TEGAS KOMITMEN KERAJAAN MADANI PERKUKUH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 11 JUN – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman yang menggugat keselamatan, kedaulatan dan martabat negara, khususnya melibatkan jenayah rentas sempadan, penyeludupan serta pencerobohan perairan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi ancaman terhadap perairan negara wujud, selagi itulah Kerajaan akan memastikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memiliki kuasa, kapasiti dan sokongan yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan secara berkesan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tahun 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menurut beliau, keluasan Zon Maritim Malaysia yang meliputi lebih 556,000 kilometer persegi merangkumi laluan strategik seperti Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan keselamatan maritim sebagai antara keutamaan utama negara.

“Perairan negara bukan sekadar laluan air, malah merupakan nadi geopolitik, ekonomi dan keselamatan negara. Justeru, Maritim Malaysia memainkan peranan sebagai benteng hadapan negara dalam memastikan perairan Malaysia kekal selamat, teratur dan bebas daripada ancaman jenayah maritim,” katanya.

Saifuddin berkata, Kerajaan turut komited memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia menerusi pelaksanaan beberapa perolehan aset strategik bagi memastikan agensi itu sentiasa bersedia mendepani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Menurut beliau, Maritim Malaysia dijangka menerima Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) pertama pada pertengahan tahun 2027, manakala kontrak perolehan MPMS kedua yang dimeterai pada 21 April 2026 dijangka siap dalam tempoh 24 bulan bermula Februari 2026 hingga Januari 2028.

Selain itu, Maritim Malaysia juga bakal menerima empat buah helikopter Agusta Westland AW189 pada tahun ini dengan pesawat pertama dijangka tiba pada Julai 2026, sekali gus meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan, rondaan maritim serta misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di seluruh Zon Maritim Malaysia.

Dalam menghadapi cabaran Krisis Tenaga Global 2026, beliau menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan bekalan bersubsidi yang boleh menjejaskan kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat.

Melalui pelaksanaan Op TIRIS 4.0 Segmen Laut yang dilaksanakan secara bersepadu bersama PDRM-PPM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia yang bermula pada 16 Mac lalu, Maritim Malaysia telah berjaya merekodkan 30 kes dengan nilai rampasan melebihi RM5.74 juta sehingga 1 Jun 2026.

“Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan diesel, petrol dan barangan bersubsidi tidak diseleweng ke luar negara atau disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ia juga mencerminkan sokongan padu Maritim Malaysia terhadap aspirasi Kerajaan MADANI dalam memerangi ketirisan serta menjamin kemakmuran negara” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa perkembangan geopolitik global yang memberi kesan kepada laluan strategik antarabangsa seperti Selat Hormuz telah meningkatkan kepentingan Selat Melaka sebagai antara laluan perdagangan dan perkapalan paling penting di dunia.

Justeru, katanya, Maritim Malaysia memikul tanggungjawab yang amat besar untuk memastikan Selat Melaka dan perairan negara kekal selamat, teratur serta bebas daripada ancaman jenayah maritim demi menjamin kelancaran perdagangan antarabangsa serta kestabilan ekonomi negara dan serantau.

Sementara itu, majlis berkenaan turut menyaksikan seramai 254 warga Maritim Malaysia dari seluruh Semenanjung Malaysia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, dedikasi dan komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, “pengiktirafan tersebut bukan sekadar penghargaan kepada pencapaian individu, malah mencerminkan budaya kerja berprestasi tinggi yang terus menjadi tunjang kecemerlangan organisasi”.

Pada tahun 2025, seramai 390 warga Maritim Malaysia di seluruh negara telah dipilih sebagai penerima APC berbanding 372 orang pada tahun sebelumnya. Majlis tersebut turut dihadiri pengurusan tertinggi KDN dan Maritim Malaysia serta warga Maritim Malaysia.




hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC