PULAU TIOMAN, 5 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Pahang telah menganjurkan Program Sembang Santai Bersama Komuniti Nelayan bertempat di Kampung Tekek, Pulau Tioman, semalam.
Program tersebut dihadiri oleh Ketua Komuniti Nelayan Kawasan Kampung Tekek, Encik Nasarudin bin Ali dan Ketua Kampung Tekek dan Kampung Air Batang, Encik Zulkarnaini bin A.Hamid serta ahli-ahli Persatuan Nelayan Pulau Tioman bersama Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh serta pegawai dan anggota dari Maritim Negeri Pahang dan Pos Maritim Teluk Gading.
Turut hadir dalam program tersebut Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Bin Zakaria.
Program dimulakan dengan ucapan aluan Pengarah Maritim Negeri Pahang seterusnya sesi dialog bersama komuniti maritim yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain untuk memberi peluang kepada komuniti membincangkan isu-isu, luahan masalah yang dihadapi dan aduan yang berkaitan dengan Maritim Malaysia serta langkah-langkah penyelesaian dan jawapan secara bersama oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang dan Pengarah Maritim Negeri Johor.
Program ini juga membincangkan mengenai penguatkuasaan, pencerobohan bot nelayan asing Vietnam dan kesedaran keselamatan di laut terutamanya pemakaian jaket keselamatan serta penekanan kepada komuniti mengenai penggunaan Personal Locator Beacon, MCG Info dan muat turun aplikasi myCuaca dimana keadaan cuaca berada di fasa peralihan Monsun Timur Laut yang sedang melanda Pantai Timur.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

