22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

SAHABAT KDN TERUJA, DIBERI PENDEDAHAN BERKAITAN KESELAMATAN DI LAUT BERSAMA MARITIM MALAYSIA

PELABUHAN KLANG, 24 Ogos – Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2022, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berpeluang memberi pendedahan tentang fungsi dan peranan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara kepada Sahabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Program Pelayaran Sahabat KDN bersama Maritim Malaysia di sekitar perairan Negeri Selangor pada 23 Ogos 2022.
Program tersebut memberi penekanan kepada Sahabat KDN tentang peranan dan fungsi Maritim Malaysia sebagai satu Agensi yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia serta bertindak selaku agensi peneraju di dalam aktiviti mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di laut yang diletakkan di bawah KDN.
Peserta Sahabat KDN terlebih dahulu diberikan taklimat berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor sebelum semua peserta dibawa melawat dan berlayar bersama Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPC), KM Bagan Datuk dan KM Rawa di perairan Negeri Selangor.
Semasa pelayaran, peserta Sahabat KDN juga didedahkan dengan demonstrasi penggeledahan oleh pasukan penggeledah Maritim Malaysia yang terdiri daripada aset bot peronda Perkasa 1235, Perkasa 1237, bot Benteng 1202 bersama sebuah pesawat AW139 di mana rata-rata Sahabat KDN teruja melihat ketangkasan aksi pegawai dan anggota penggeledah di dalam menguatkuasakan undang-undang di perairan negara. Selain itu, pendedahan berkaitan aset kapal, bot dan pesawat udara juga diberikan kepada peserta sebagai peluang dalam merasai cabaran yang ditempuhi setiap warga Maritim Malaysia.
Program pelayaran bermula jam 3 petang itu turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Hj Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som itu berakhir jam 6 petang. 
s4  s3 
 s2  s1
 

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AADK MELAKA KE ATAS PENGARAH MARITIM NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN

KUALA LINGGI, 18 Ogos – Pengarah Maritim Negeri, Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar bin Ishak hari ini telah menerima satu kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka, Wan Madihi Bin Wan Salleh, bersama pegawai-pegawai kanan AADK di pejabatnya hari ini.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi bagi pelaksanaan operasi bersama dan perkongsian maklumat berkenaan usaha membasmi penagihan dadah di kalangan komuniti maritim di negeri Melaka.

Turut sama menyertai perbincangan itu ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Komander Maritim Norihan bin Ngah, pegawai-pegawai operasi serta pegawai risik.

 

WhatsApp Image 2022 08 19 at 9.21.47 AM   WhatsApp Image 2022 08 19 at 9.21.48 AM

ZON MARITIM TANJUNG SEDILI SERTAI PROGRAM DEKO SK SRI SETIA JAYA

TANJUNG SEDILI, 14 Ogos - Seramai 20 orang pegawai dan anggota Zon Maritim Tanjung Sedili telah menyertai program mendekorasi SK Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pagi semalam.

Program didahului dengan ucapan terima kasih Guru Besar sekolah, Tuan Haji Ahsahri bin Haji Kasdi dan penyampaian sijil penghargaan kepada jabatan dan agensi terlibat. Tentera Darat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan juga turut menggembleng tenaga menyertai program ini.

Program yang dianjurkan ini bertujuan menarik minat dan memberi semangat kepada pelajar untuk ke sekolah dengan mengecat serta memberi wajah baru yang lebih ceria telah selesai dengan jayanya pada jam lebih kurang 1.30 petang.

 

 WhatsApp Image 2022 08 14 at 4.31.40 PM 1 WhatsApp Image 2022 08 14 at 4.31.41 PM 1 
 WhatsApp Image 2022 08 14 at 4.31.41 PM  WhatsApp Image 2022 08 14 at 4.31.40 PM

MALAYSIA BAKAL ADAKAN SEARCH AND RESCUE EXERCISE (SAREX) BERSAMA INDONESIA

JOHOR BAHRU, 16 Ogos – Bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengadakan satu mesyuarat koordinasi yang dipengerusikan oleh Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama (M) Maritim Nurul Hizam Zakaria bersama wakil-wakil Agensi sebagai persiapan untuk mengadakan Search and Rescue Exercise (SAREX) Malaysia – Indonesia (MALINDO) kali ke 41 pada tahun ini.

Mesyuarat bertujuan untuk meningkatkan kesiagaan semua agensi di bawah organisasi CARILAMAT Malaysia dan Indonesia bagi menangani sebarang kemungkinan kejadian bencana di udara mahupun di laut yang membabitkan perairan sempadan di kedua-dua negara.

Mesyuarat koordinasi dihadiri wakil daripada Majlis Keselamatan Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Pasukan Bomba & Penyelamat Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Laut Wilayah Selatan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Pejabat Perikanan Negeri Johor.

SAREX MALINDO ke 41 dijangka akan diadakan selama tiga hari bermula pada 20 hingga 22 September 2022 akan datang dengan melibatkan pasukan CARILAMAT dari kedua-dua negara.

00ac1c80 9fd3 4115 a16e 5dd63f69be2e 9eb31fe5 4380 4513 8a3c 3a20aba1731a
   

SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN PENGARAH OPERASI NEGERI SELANGOR

 

PELABUHAN KLANG 15 Ogos - Majlis serah terima tugas Timbalan Pengarah Operasi negeri Selangor telah berlangsung di auditorium Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor dengan disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri ,Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam.

Komander Maritim Norihan bin Ngah secara rasminya telah menyerahkan tugas Timbalan Pengarah Operasi negeri Selangor kepada penggantinya Komander Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali.

Pertukaran dua hala ini menempatkan Komander Maritim Norihan bin Ngah ke Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan sebagai Timbalan Pengarah Operasi Negeri.

Komander Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali akan menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengarah Operasi Negeri Selangor yang baharu bermula hari ini 15 ogos 2022.

Majlis turut disaksikan oleh warga Maritim Negeri Selangor.

IMG 5344   IMG 5362
     
IMG 5368   IMG 5385

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC