10
Kha, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI PAHANG KEPADA SPRM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 6 Julai - Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang pada petang semalam.

Objektif utama kunjungan hormat yang berlangsung lebih kurang satu jam setengah ini adalah untuk merapatkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha sama untuk mencegah rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota khususnya di Maritim Negeri Pahang. Topik perbincangan juga berkisar mengenai isu-isu integriti, penguatkuasaan maritim dan pencegahan rasuah yang berlaku dalam negara.

Turut hadir ke kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain.

A

  B 
C  

D

MARITIM SELANGOR ANJUR TAKLIMAT PERTOLONGAN CEMAS DENGAN KERJASAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

KLANG, 29 Jun -  Agensi Penguatkuasaan Maritim Selangor telah menganjurkan satu taklimat asas pertolongan cemas hasil dari kerjasama dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) cawangan Klang, Selangor bertempat di bilik Auditorium Ibu Pejabat Maritim Selangor pada hari rabu yang lalu. 

Sesi bicara  yang berlangsung selama dua jam ini telah disampaikan oleh LTM (PA) Edmund Lee Wee Yan.  Antara perkongsian utama yang disampaikan adalah berkenaan teknik pertolongan cemas yang boleh membantu sekiranya berada dalam situasi kecemasan. Penceramah juga banyak memberi contoh situasi kecemasan di tempat kerja. Kemahiran asas pertolongan cemas seperti ini amat penting sebagai satu sokongan awal bagi membantu menyelamatkan nyawa mangsa sementara menunggu bantuan tiba.

Seramai 30 orang pegawai dan anggota Maritim Selangor telah sama-sama hadir menjayakan sesi taklimat ini. Kesedaran pertolongan cemas ini diharap dapat memberi pendedahan kepada semua agar tidak panik dalam mengendalikan situasi kecemasan, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kaum keluarga dan rakan terdekat. Taklimat diakhiri dengan pemberian sijil penghargaan kepada 3 anggota APM oleh Pengarah Maritim Selangor, Kepten (M) Siva Kumar a/l Vengadasalam.

j1   j5
 j3  j2

OPERASI PEMANTAUAN UDARA DAN LATIHAN AIRCRAFT FAMILIARIZATION BAHAGIAN OPERASI UDARA MARITIM MALAYSIA BERSAMA ZON MARITIM MIRI

MIRI, 17 Jun – Bahagian Operasi Udara (BOU) Maritim Malaysia telah melaksanakan Operasi Pemantauan Udara dengan menggunakan pesawat Bombardier CL-415 di sekitar perairan Zon Maritim Miri pada 10 hingga 17 jun yang lepas, diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Yusni berserta empat orang kru.

WhatsApp Image 2022 07 01 at 2.28.05 PM

Tiga orang pegawai Zon Maritim Miri turut telah diberi kesempatan untuk menyertai bersama Operasi Pemantauan Udara tersebut dan hasil pemantauan mendapati tiada sebarang pencerobohan bot nelayan asing dikesan, manakala kapal China Coast Guard (CCG) juga tidak kelihatan di kawasan Beting Patinggi Ali.

WhatsApp Image 2022 07 01 at 2.28.05 PM 3

Pada 15 dan 16 Jun, Pesawat Bombardier CL-415 turut melaksanakan latihan Aircraft Familiarization bersama Airport Fire and Rescue Service (AFRS).

Latihan ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan kepada petugas AFRS dalam menangani kecemasan berkaitan pesawat Bombardier.

WhatsApp Image 2022 07 01 at 2.28.05 PM 2

Dengan pelaksanaan operasi dan latihan seumpama ini di harap memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota di Zon Maritim Miri berkenaan dengan pelaksanaan pengoperasian Pemantauan Udara oleh BOU serta kolaborasi Pesawat CL-415 dengan unit-unit berkaitan di lapangan amnya.

WhatsApp Image 2022 07 01 at 2.28.05 PM 1

MARITIM SELANGOR SERTAI PROGRAM STRATEGIK AHLI JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI SELANGOR

CHERAS, 1 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Selangor telah terlibat dalam  Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri Selangor : Pengurusan Pandemik 2022. Majlis dipengerusikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari pada pagi Jumaat.

Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini adalah bertujuan membincangkan situasi semasa mengenai pengurusan pandemik COVID-19 di negeri Selangor. Pada masa yang sama , Maritim Negeri Selangor juga telah dijemput bagi menyertai latihan menembak yang diadakan di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan AM (PGA).  Latihan menembak terdiri dari dua kategori iaitu "centre fire'dan " falling plate "secara berkumpulan. Pengarah Maritim Negeri Selangor , Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam bersama 2 pegawai telah menyertai latihan tersebut dan telah  menang bagi dua acara tersebut. Latihan menembak diakhiri dengan penyampain hadiah dan cenderahati.

m2   m3
 m1  

PROGRAM HARI KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM PERINGKAT ZON MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 29 Jun -  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak telah mengadakan sambutan Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim diperingkat Zon Maritim Tanjung Manis, Zon Maritim Bintulu dan Zon Maritim Miri.

WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.24.47 PM

Bersempena dengan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) yang disambut pada setiap tanggal 6 Jun setiap tahun bermula tahun 2021 yang lepas, HKKM ini telah disambut sepanjang bulan Jun di Sarawak bagi mendidik serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan akan kesedaran keselamatan semasa keluar ke laut kepada semua komuniti maritim di Sarawak khasnya.

Sambutan di peringkat Zon Maritim Miri telah diadakan semalam (28 Jun 2022) dimana Zon Maritim Miri telah melaksanakan program mengedar risalah keselamatan kepada komuniti Maritim, memberi taklimat keselamatan serta tatacara penggunaan jaket keselamatan yang betul di sekitar perairan Miri dan antara lokasi yang terlibat adalah jeti-jeti Nelayan Kampung Piasau dan Bakam, Miri.

WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.35.56 PM

 

Manakala di peringkat Zon Maritim Tanjung Manis pula, Program HKKM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Pantai Kampung Belawai pagi tadi (29 Jun 2022) dan antara pengisian program adalah seperti Program Gotong-royong pembersihan di sekitar pesisir Pantai Belawai, Perlawanan Persahabatan Bola Tampar bersama Komuniti Setempat dan Program Preventive SAR iaitu melalui Edaran Flyers.

Seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada Pegawai Dan anggota Zon Maritim Tanjung Manis, penduduk Kampung Belawai dan dif-dif jemputan seperti Pegawai Daerah Tanjung Manis, Encik Ismail bin Kasah, Ketua BBP Tanjung Manis, Wakil Ketua Polis Bantuan Tanjung Manis, Pemanca Daerah Tanjung Manis, Penghulu Kampung, pemimpin masyarakat setempat serta ketua-ketua kaum di sekitar Perkampungan Belawai.

Pada 30 Jun pula, Zon Maritim Bintulu akan membuat hebahan berkenaan dengan HKKM menerusi saluran radio Bintulu Fm pada jam 10.15 pagi dan akan membincangkan perkara berkenaan dengan keselamatan di laut serta statistik keberkesanan Preventive SAR di Sarawak.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan penyaluran maklumat daripada seluruh komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kes-kes kecemasan di laut secara terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak ditalian 082-432544/ 082-432006 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.24.48 PM    WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.24.49 PM
WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.24.50 PM 1 WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.24.49 PM 1
WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.24.50 PM WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.24.51 PM 1
WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.24.51 PM WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.35.55 PM
WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.35.56 PM WhatsApp Image 2022 06 29 at 3.35.56 PM 1

 

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC