21
Sel, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN MARITIM MALAYSIA KE-17 PERINGKAT ZON MARITIM KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 17 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke-17 peringkat Zon yang bertemakan “Kami Serius Melaksanakannya” diadakan di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, semalam.

Acara sambutan tersebut dimulai dengan perbarisan yang disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku dan Maritim Perkasa serta turut disusuli dengan ucapan Pengarah Zon Martim Kuala Perlis dan diakhiri dengan bacaan doa. Pada majlis ini juga, Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain turut melakukan pemeriksaan terhadap pakaian anggotanya dan menyampaikan sijil anugerah pekerja contoh bulanan kepada anggota Zon Maritim Kuala Perlis serta cenderahati kepada anggota yang bertukar keluar.

Sinonim dengan sambuan tersebut, beberapa acara telah dianjurkan seperti program derma darah yang dikendalikan oleh Unit Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah, pameran kerjaya dan pameran senjata api kecil.

Antara tetamu yang dijemput hadir ialah terdiri daripada komuniti maritim di sekitar Kuala Perlis, staf serta pelajar daripada Kolej Universiti Islam Perlis.

 

WhatsApp Image 2022 02 17 at 11.09.35 AM   WhatsApp Image 2022 02 17 at 11.09.42 AM   
 WhatsApp Image 2022 02 17 at 11.09.42 AM 1    WhatsApp Image 2022 02 17 at 11.09.38 AM  
       

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL BERSAMA RAKAN STRATEGIK MARITIM MALAYSIA

KAJANG, 2 Mac - Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) buat julung kalinya telah menganjurkan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) bersama rakan strategik Maritim Malaysia bertempat di Lapang Sasar Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia.

UKMSK ini melibatkan seramai 60 peserta terdiri daripada pengurusan tertinggi Maritim Malaysia, Telekom Malaysia (TM), PETRONAS dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan telah dirasmikan oleh YBrs. Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Abd Rashid, Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana.

Ujian ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pengalaman kepada rakan strategik APMM berkaitan tatacara pengendalian senjata kecil, memupuk ikatan silaturrahim yang lebih erat dan semangat setia kawan antara pengurusan tertinggi APMM dengan rakan strategik di samping membina keyakinan diri, menanam sikap tanggungjawab serta disiplin yang tinggi semasa mengendalikan senjata kecil.

Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak agensi dengan rakan strategik.

 WhatsApp Image 2022 03 02 at 12.07.06 PM   WhatsApp Image 2022 03 02 at 12.07.06 PM 1     
         
 WhatsApp Image 2022 03 02 at 12.07.06 PM 2    WhatsApp Image 2022 03 02 at 12.07.07 PM    

PROGRAM PREVENTIVE SAR BERSAMA KOMUNITI NELAYAN ENDAU

MERSING, 16 Disember – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Mersing telah melaksanakan Program Preventive SAR (Program keselamatan dan kesedaran dilaut) kepada di kalangan komuniti nelayan di jeti - jeti pendaratan ikan di Kuala Sungai Endau bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti tentang keselamatan semasa melakukan aktiviti di laut pada jam lebih kurang 9.00 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Bin Misran berkata, Program Preventive Sar yang dilaksanakan ini berharap dapat menambah kesedaran kepada komuniti nelayan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan seperti kepentingan memakai jaket keselamatan, panduan keselamatan di laut, tips semasa menerima amaran cuaca buruk dan pengenalan peralatan bantuan pengesan lokasi EPIRB ( Emergency Position Indicating Radio Beacon ).

Dalam Program Preventive SAR yang dilaksanakan ini, seramai 18 orang anggota Zon Maritim Mersing bekerjasama mengadakan lawatan ke setiap jeti pedaratan ikan Kuala Sungai Endau. Melalui program ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Mersing dapat mengeratkan hubungan dan beramah mesra bersama komuniti nelayan setempat sambil mengedarkan risalah dan pelekat sticker maklumat kecemasan dan bencana di laut.

Dalam Program Preventive SAR yang dilaksanakan ini, komuniti nelayan disini juga dapat berkongsi maklumat dan masalah yang dihadapi oleh sewaktu melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Endau dan perairan Mersing.

Maritim Malaysia menegaskan kepada seluruh komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang perairan laut Malaysia dan mematuhi peraturan keselamatan dilaut agar kejadian yang tidak diingini berlaku ketika melakukan pelbagai aktiviti di laut terutama pada musim tengkujuh.

Sebarang aduan jenayah dan kecemasan perlu segera hubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404.

 

WhatsApp Image 2021 12 16 at 11.49.42   WhatsApp Image 2021 12 16 at 11.49.41
     
WhatsApp Image 2021 12 16 at 11.49.38   WhatsApp Image 2021 12 16 at 11.49.38

 

MARITIM MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI SELANGOR

KLANG, 1 Mac -  Maritim Negeri Selangor menerima kunjungan hormat dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Selangor yang diwakili oleh Ketua Cawangan Operasi Darat/Marin, Tuan Najmi bin Mohd Radzi dan disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim.

Kunjungan hormat julung kalinya pada tahun 2022 ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara Maritim Negeri Selangor dan KDRM. Antara agenda pertemuan tersebut adalah membincangkan mengenai stategi Maritim Malaysia dalam menangani pelanggaran undang-undang perairan dan isu-isu berkaitan. Ianya secaratidak langsung mampu mengeratkan lagi hubungan dua hala antara agensi dan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Program berakhir dengan penyampaian cenderahati dengan sesi bergambar.

3k  2k 
 4k 1k 

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH ZON MARITIM KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 18 Januari - Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis telah dilaksanakan di aras 2 pejabat Zon Maritim Kuala Perlis dengan jayanya pada jam 10.00 pagi,17 Januari baru-baru ini.

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis diadakan antara  Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing kepada Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak dan pegawai-pegawai Zon Maritim Kuala Perlis.

Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing dilantik sebagai Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis bermula pada 29 Jun 2020. Komitmen dan kesungguhan beliau dalam mengetuai dan menjalankan tugas sebagai Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis telah meletakkan pencapaian Zon Maritim Kuala Perlis pada tahap yang membanggakan. Beliau akan bertukar keluar ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak berkuatkuasa pada 4 Febuari 2022 dengan menjawat jawatan di Unit Penguatkuasaan dan Eksesais, Seksyen Operasi Maritim Negeri Sarawak.

Manakala Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain memulakan tugas  Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis baharu berkuatkuasa 18 Januari 2022.  Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak dan segala pengalaman beliau sebelum ini diharap akan menjadikan Zon Maritim Kuala Perlis lebih cemerlang.

Majlis turut menyaksikan penyerahan  Pedang Scimitar sebagai simbolik penyerahan tugas Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis yang baharu.

 e122149a e8e9 4efc adaa 1053daee9cce b911a631 043e 4d29 ad4e dbc7dcdda14f 
 6d89fca7 0415 44c1 bf08 a419662370d0  7c9f2348 2b4d 4ad4 aa2b 20e1e94c694a
   

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC