08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) KE JETI PENERPA, KUANTAN SLIPWAY

KUANTAN, 14 September – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jeti Penerpa, Kuantan Slipway dan dibawa melawat ke kawasan sekitar serta meninjau infrastruktur jeti yang digunakan bagi penempatan bot-bot ronda Maritim Malaysia.

Turut mengiringi Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid dalam lawatan ini ialah Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh dan Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan sewaan jeti, permasalahan yang dihadapi bagi menambah baik perkhidmatan terutamanya dari segi pengurusan, keanggotaan serta kekangan yang semasa pengoperasian dan penguatkuasaan di sekitar kawasan perairan Pahang.

 

WhatsApp Image 2023 09 14 at 16.16.13

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) APMM KE ATAS PANGLIMA MARKAS ANGKATAN BERSAMA (MK AB)

KUANTAN, 14 September – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Markas Angkatan Bersama (MK AB), Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar Mohd Dom TUDM hari ini.

Turut sama mengiringi beliau ialah Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh.

Kunjungan hormat ini adalah bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama yang tinggi di antara MK AB dan Maritim Malaysia bagi melindungi dan mempertahankan kepentingan Zon Maritim Malaysia secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan dalam berkongsi ideologi dan strategi ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2023 09 14 at 10.11.16
 
WhatsApp Image 2023 09 14 at 10.11.16 1
 
WhatsApp Image 2023 09 14 at 10.11.17

RMK-12 | PUSAT KAWALAN OPERASI APMM BAKAL DINAIKTARAF

PUTRAJAYA, 12 September - Hasil Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Kerajaan telah mengumumkan untuk menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah berkata, komitmen yang dinyatakan ini bukti bahawa Kerajaan Perpaduan sangat memberikan perhatian dalam memperkukuhkan keselamatan dan pertahanan negara.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya hari ini.

Turut hadir sama Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi serta Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Mengulas lanjut penaiktarafan pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi Maritim Malaysia, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, pengumuman yang dibuat oleh kerajaan adalah tepat pada waktunya kerana ia merupakan keperluan mendesak agensi ini dalam meningkatkan keselamatan Zon Maritim Malaysia daripada segala ancaman jenayah di laut.

Terdahulu Datuk Saiful turut menyahut seruan Ketua Setiausaha KDN melalui ucapan aluan yang disampaikan, agar memastikan setiap pegawai dan anggota di bawah KDN sentiasa berintegriti dan telus ketika menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan dalam menjaga keselamatan negara.

 

IMG 0164
 
IMG 0083
 
IMG 0157
 

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN APMM KE FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA @ KUALA LUMPUR 2023

PUTRAJAYA, 13 September – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen dan taklimat Program Festival Permainan Malaysia (FPM) telah diadakan hari ini bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Aras 11 Putrajaya.

Seramai 50 orang ahli kontinjen mewakili Maritim Malaysia hadir dalam majlis ‘flag off’ sebelum mereka ke festival ini yang dianjurkan buat kali kelapan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Bin Ibrahim yang juga menjalankan tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2023 bakal berlangsung dari 15 hingga 16 September bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bersempena dengan Hari Malaysia tahun ini.

Kontijen Maritim Malaysia dianggotai seramai 80 peserta mewakili dalam pelbagai acara permainan tradisional antaranya bola sepak (kain pelikat), galah panjang, congkak, dam aji, kabaddi, memanah, sepak raga, batu seremban termasuk tarian mangunatip (tarian buluh) Sabah dan aktiviti menyumpit Sarawak.

Sama-samalah kita mendoakan kejayaan kontijen Maritim Malaysia ke Program Festival Permainan Malaysia tahun ini bagi membuktikan selain melindungi keselamatan perairan negara anggota Maritim Malaysia turut tidak lupa terhadap seni dan budaya kebangsaan agar sentiasa terpelihara.

 

IMG 0305
 
IMG 0309
 
IMG 0282
 
IMG 0292

11 PESERTA DARIPADA 7 NEGARA ASIA SERTAI KURSUS DI AMSAS

PUTRAJAYA, 12 September – Seramai 11 peserta daripada tujuh buah Negara Asia iaitu Azerbaijan, Timur Leste, Laos, Thailand, Sri Langka, Pakistan dan Kemboja telah menyertai International Interdiction Boarding and Inspection Cource (IIBIC) di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan, Pahang.

Penganjuran kursus yang bermula pada 4 hingga 13 September 2023 ini adalah hasil kerjasama AMSAS, Maritim Malaysia dan Kementerian Luar Negeri (KLN) di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Hamid bin Hj Mohd Amin berkata, kursus yang dianjurkan selama sembilan hari ini adalah bertujuan untuk menajamkan kepakaran, memantapkan kemahiran interdiksi maritim (menggeledah) dalam operasi atau penguatkuasaan maritim.

Beliau berkata demikian dalam majlis penutup kursus yang diadakan di Hotel Mercure Living, Putrajaya di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau berharap semoga para peserta dapat membawa pulang ilmu dan kenangan manis di Malaysia melalui sesi pembelajaran dalam kelas, lawatan ke sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya yang menawarkan pengalaman menyelami kehidupan dan budaya rakyat Malaysia termasuk berpeluang merasai pelbagai makanan yang lazat.

Selain itu, semua peserta dapat menjadi duta hospitaliti dan kepakaran Maritim Malaysia apabila pulang ke negara masing-masing.

Berbekalkan ilmu dan pengalaman baharu, para peserta dapat berkongsi kepakaran interdiksi seterusnya memupuk hubungan yang lebih mendalam merentas sempadan.

 

WhatsApp Image 2023 09 12 at 13.11.35
 
WhatsApp Image 2023 09 12 at 13.11.37 1
 
WhatsApp Image 2023 09 12 at 13.11.36
 
WhatsApp Image 2023 09 12 at 13.11.32 2

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC