10
Kha, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) MARITIM MALAYSIA KE MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 4 September – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Khairul Anwar Bin Bachok telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.

Hadir bersama mengiringi beliau adalah Pengarah Kewangan dan Belanjawan Maritim Malaysia, Dato’ Barkhiya Bin Shahiruddin berserta rombongan.

Ketibaan beliau disambut mesra oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Bin Md Yunus bersama warga Maritim Negeri Sarawak.

Dalam lawatan kerja rasmi dan julung kali ini, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Pelarasan Peruntukan Tahun 2023 dan Pengesahan Peruntukan Tahun 2024 bagi Maritim Negeri Sarawak.

Beliau juga sempat menyantuni, berkongsi pengalaman dan menyampaikan amanat serta nasihat kepada warga Maritim Negeri Sarawak.

Dalam amanat itu, beliau menekankan agar pegawai dan anggota sentiasa mengamalkan tahap disiplin diri yang tinggi, memberi komitmen sepenuhnya serta serius dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Selain itu, beliau turut berhasrat untuk menambah baik fasiliti dan infrastruktur Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin terutamanya lif yang usang di kesemua Blok kediaman 9 tingkat di KOMTAS.

Beliau juga turut melakukan tinjuan di sebahagian Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin yang merangkumi, Jeti, Blok Pentadbiran, Blok Kediaman, Dewan Serbaguna, Masjid Darul Naim dan Pondok Pengawal Keselamatan.

 

WhatsApp Image 2023 09 11 at 2.29.04 PM 1   WhatsApp Image 2023 09 11 at 2.29.08 PM 
WhatsApp Image 2023 09 11 at 2.29.08 PM 1   WhatsApp Image 2023 09 11 at 2.29.07 PM

PESERTA DARI TUJUH NEGARA ASIA LAPOR DIRI BERKURSUS DI AMSAS

KUANTAN, 6 September – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) telah menganjurkan 'International Interdiction Boarding and Inspection Cource' (IIBIC) di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Kursus yang bermula daripada 4 hingga 13 September 2023 ini melibatkan penyertaan 11 peserta dari tujuh buah negara Asia iaitu Azerbaijan, Timur Leste, Laos, Thailand, Sri Langka, Pakistan dan Kemboja.

Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony dalam ucapan perasmiannya mengalu-alukan kehadiran para peserta antarabangsa daripada tujuh negara Asia itu dan berharap kursus yang dijalankan ini dapat meningkatkan lagi kompetensi para peserta di samping dapat berkongsi pengalaman dan mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama antara negara.

 

MTCP AMSAS
 
MTCP AMSAS 3
 
MTCP AMSAS 5
 
MTCP AMSAS 8

PAMERAN MINGGU PENDIDIKAN KERJAYA SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI

SEPANG, 6 September – Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia telah mengadakan pameran sempena Minggu Pendidikan Kerjaya Tahun 2023 bertempat di Dataran SMK Bandar Baru Salak Tinggi anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar Baru Salak Tinggi di sini hari ini.

Pameran ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengenalan agensi dan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Maritim Malaysia. Disamping itu, pelajar juga turut dipertontonkan tayangan filem ‘Coast Guard Malaysia: Op Helang’ dan menerima sambutan yang sangat menggalakkan.

Melalui tayangan filem berkenaan, ia sekaligus membantu memberikan gambaran yang lebih jelas kepada para pelajar mengenai fungsi dan peranan Maritim Malaysia melalui penguatkuasaan dan CARILAMAT di kawasan perairan negara.

Pameran pada hari ini melibatkan seramai 3 ribu orang terdiri daripada pelajar dan guru sekolah serta dihadiri oleh beberapa agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART), Polis Bantuan Lapangan Terbang KLIA, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan lain-lain agensi.

 

WhatsApp Image 2023 09 06 at 14.02.45 1
 
WhatsApp Image 2023 09 06 at 14.02.47 2
 
WhatsApp Image 2023 09 06 at 14.02.48 2
 
WhatsApp Image 2023 09 06 at 14.03.06

PROGRAM SAHABAT MARITIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN

JASIN, 6 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah melaksanakan program Sahabat Maritim di Pangkalan Nelayan Serkam, Pantai Merlimau, Melaka di sini hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar bin Ishak berkata, program Sahabat Maritim yang dilaksanakan ini berkonsepkan sembang santai bersama komuniti nelayan yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pangkalan dan Ketua-ketua Jaringan Perikanan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Jasin dalam usaha merapatkan hubungan, menjalinkan persefahaman serta berkongsi maklumat semasa.

Turut hadir bersama ialah Puan Nur Izzati binti Abdul Karim, Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Melaka.

Sebanyak lima PNK yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai-pegawai dari Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan (MNMNS).

PNK Jasin merupakan PNK yang ketiga Program Sahabat Maritim ini dilaksanakan selepas PNK Melaka Selatan dan PNK Teluk Kemang.

Program dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan dan juga penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia yang disampaikan oleh Leftenan Maritim Faezal bin Alimat.

Seterusnya diadakan sesi dialog, penyampaian sijil pelantikan dan juga penyerahan 'pennant' kepada Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pangkalan dan Ketua-ketua Jaringan Perikanan sebagai simbolik pelantikan Sahabat Maritim MNMNS.

Semua yang hadir turut diingatkan agar sentiasa bewaspada dan peka terhadap persediaan keselamatan di laut serta mematuhi undang-undang di laut.

 

MNMNS SAHABAT MARITIM
 
MNMNS SAHABAT MARITIM 2
 
MNMNS SAHABAT MARITIM 3
 
MNMNS SAHABAT MARITIM 5

16 BERJAYA LEPASI FASA PERTAMA KURSUS PENYELAM PENYELAMAT MARITIM MALAYSIA

KUANTAN, 6 September – Seramai 16 daripada 22 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melepasi fasa kelayakan Kursus Penyelam Penyelamat Maritim Malaysia siri 1/2023 yang berlangsung bermula 6 Ogos lalu di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Pegawai Latih Kursus, Leftenan Madya Maritim Muhammad Nor Arham bin Yusoff berkata, untuk fasa seterusnya iaitu fasa kolam para peserta perlu melalui latihan intensif selama 4 minggu. Hanya peserta yang benar-benar kompeten dan melepasi ujian yang ditetapkan layak untuk meneruskan kursus ke fasa praktikal menyelam di pelabuhan dan fasa praktikal laut di Pulau Tioman.

Beliau turut memaklumkan latihan yang diikuti oleh peserta merupakan modul yang dibangunkan Maritim Malaysia dengan kerjasama Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Japan Coast Guard (JCG) yang mana Penyelam Penyelamat JCG dikenali dengan jolokan ‘Umizaru’ dan Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia selepas Jepun, yang memiliki kepakaran underwater rescue confined space yang membabitkan operasi penyelaman berisiko tinggi.

Terdahulu Nor Arham memaklumkan kursus ini akan berakhir pada 6 Oktober dan peserta yang berjaya menamatkan kursus berkenaan akan ditempatkan di negeri-negeri sebagai penyelam penyelamat.

 

WhatsApp Image 2023 09 06 at 08.20.23
 
WhatsApp Image 2023 09 06 at 08.20.24 1

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC