KUCHING, 4 September – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Khairul Anwar Bin Bachok telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.
Hadir bersama mengiringi beliau adalah Pengarah Kewangan dan Belanjawan Maritim Malaysia, Dato’ Barkhiya Bin Shahiruddin berserta rombongan.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Bin Md Yunus bersama warga Maritim Negeri Sarawak.
Dalam lawatan kerja rasmi dan julung kali ini, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Pelarasan Peruntukan Tahun 2023 dan Pengesahan Peruntukan Tahun 2024 bagi Maritim Negeri Sarawak.
Beliau juga sempat menyantuni, berkongsi pengalaman dan menyampaikan amanat serta nasihat kepada warga Maritim Negeri Sarawak.
Dalam amanat itu, beliau menekankan agar pegawai dan anggota sentiasa mengamalkan tahap disiplin diri yang tinggi, memberi komitmen sepenuhnya serta serius dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Selain itu, beliau turut berhasrat untuk menambah baik fasiliti dan infrastruktur Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin terutamanya lif yang usang di kesemua Blok kediaman 9 tingkat di KOMTAS.
Beliau juga turut melakukan tinjuan di sebahagian Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin yang merangkumi, Jeti, Blok Pentadbiran, Blok Kediaman, Dewan Serbaguna, Masjid Darul Naim dan Pondok Pengawal Keselamatan.
![]()
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















.svg.png)

