08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

KUNJUNGAN HORMAT ESSCOM KE PEJABAT MARITIM NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 27 Julai – Komander Eastern Command (KEC) ESSCOM, YDH DCP Victor bin Sanjos diiringi Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, YBhg Datuk Dr. Jamaluddin bin Mohd Ali mengadakan kunjungan hormat bersama Ketua-Ketua Staf Esscom ke atas Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik ke Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan awal pagi tadi.

Dalam sesi lawatan tersebut, KEC telah diberikan taklimat oleh Pegawai Operasi P&E MN Sabah mengenai peranan tugas,sistem pengoperasian,halatuju, jalinan kerjasama serta cabaran dan kekangan yang berlaku di dalam menjalankan tadbir urus di peringkat negeri.

Hubungan kerjasama strategik ESSCOM dan Maritim Malaysia dilihat akan bertambah baik menerusi persefahaman dan kerjasama koordinasi yang dijalankan sejak 10 tahun lalu dan akan diteruskan oleh YDH Komander Eastern Command yang baru.

Selain dari itu, Esscom juga akan mempertimbangkan permohonan

-permohonan berkaitan keperluan logistik dan pemerkasaan operasi bagi memastikan pengoperasian di kawasan Esszone secara optimum.

Kunjungan hormat yang julung kali diadakan ini juga turut diserikan dengan kehadiran pengamal media dari Kota Kinabalu menerusi program santai mesra bersama wartawan. Seramai 17 pengamal media tempatan telah hadir.

Objektif utama program adalah bagi mewujudkan hubungan erat bersama rakan-rakan media serta menghargai tugas media yang sentiasa menyokong dan membantu dalam menyalurkan maklumat berkaitan peranan, tugas serta kejayaan agensi.

Pihak ESSCOM turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan atas kesudian menerima kunjungan serta jalinan kerjasama yang diterapkan dalam meningkatkan lagi mutu pengoperasian di kawasan Esszone.

Majlis diakhiri dengan simbolik penyerahan cenderahati oleh kedua-dua pihak dan sesi bergambar.

 

CC ESSCOM
 
CC ESSCOM 4
 
CC ESSCOM 5
 
CC ESSCOM 6

BSN SERAH KAMERA BADAN KEPADA MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 20 Julai – Bagi memelihara integriti anggota penguat kuasa selain membentuk sikap telus dan profesional semasa menjalankan tugas;

Maritim Malaysia dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melaksanakan projek rintis dengan menyediakan lima unit kamera badan (Body Worn Camera) yang disumbangkan oleh institusi perbankan berkenaan untuk kegunaan anggota ketika mengiringi wang milik BSN ke Pulau Tioman.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu Maritim Malaysia dalam memastikan anggota di bawahnya berada pada tahap standard profesionalisme yang tinggi, malah ia juga berperanan sebagai penghalang kepada aktiviti haram serta meningkatkan akauntabiliti yang melibatkan anggota penguat kuasa agensi ini.

Beliau turut menambah, selain kamera badan yang disumbangkan oleh BSN, Maritim Malaysia juga akan menambah lagi jumlah kamera badan untuk kegunaan Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim dan seterusnya Bahagian Operasi Udara serta Pasukan Tindakan Khas (STAR TEAM) sebelum digunakan secara menyeluruh oleh anggota di lapangan ketika bertugas.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan 'Body Worn Camera' oleh BSN kepada Maritim Malaysia pagi tadi.

Penyerahan kamera badan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburrahman bin Abd Rashid kepada Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Encik Khairul Anuar bin Bachok, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin bin Haji Abd Rashid serta Naib Presiden merangkap Ketua Cawangan Operasi Perbankan BSN, Mohd Khairil Mohd Nor.

Laksamana Maritim Datuk Saiful Lizan menambah lagi, sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, BSN adalah salah satu syarikat korporat yang patut dijadikan contoh dalam menyokong perkhidmatan yang diberikan agensi kerajaan dengan turut memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan kawasan maritim Malaysia terjaga dan selamat.

Kamera badan yang diberikan oleh BSN dilengkapi dengan teknologi terkini, membolehkan pegawai-pegawai Maritim Malaysia merekodkan bukti audio dan video berkualiti tinggi semasa operasi dijalankan.

Maritim Malaysia yakin dengan pemakaian kamera badan ini, ia akan meningkatkan keupayaan dan memperkukuhkan lagi misi agensi ini dalam melindungi kawasan perairan Malaysia.

Pihak Maritim Malaysia dalam pada itu merakamkan ucapan penghargaan kepada BSN atas sumbangan yang berharga ini disamping berharap agar kerjasama dengan BSN dapat berterusan seiring dengan usaha untuk menjadikan Malaysia lebih selamat dan terjamin.

 

CAM BODY
 
CAM BODY 3
 
CAM BODY 4
 
CAM BODY 5

EKSESAIS SAMUDERA PERKASA TIMUR ANTARA TLDM DAN MARITIM MALAYSIA

KOTA KINABALU, 17 Julai – Persidangan Initial Planning Conference (IPC) EKSESAIS SAMUDERA PERKASA TIMUR 1/23 telah dianjurkan pada 17 Julai, (Isnin) di Wisma Kejora, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kota Kinabalu.

EKSESAIS SAMUDERA PERKASA TIMUR merupakan latihan yang dilaksanakan secara tahunan antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), tetapi keistimewaan penganjuran kali ini ialah pertama kali dilaksanakan di Wilayah Timur (Sabah dan Sarawak).

Ia turut diuruskan oleh sekretariat dari Unit Penguatkuasaan dan Eksesais, Maritim Negeri Sabah iaitu Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz.

Mesyuarat kali ini juga melibatkan wakil kapal dari Zon Maritim Bintulu, Sarawak iaitu KM TABAH, wakil KM IKHLAS dan wakil dari dua buah kapal dari Zon Maritim Labuan iaitu KM BISTARI dan KM ADIL.

Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh Kepten Mohammad Fairuz bin Hassan TLDM dan Kepten (M) Mahmad Faizal bin Ahmad.

Objektif utama eksesais pada kali ini adalah bagi meningkatkan keboleh operasian antara TLDM dan Maritim Malaysia di Wilayah Timur khususnya dalam melaksanakan operasi secara bersama ketika waktu aman mahupun sewaktu konflik.

Inisiatif itu diyakini akan memperkukuhkan kesefahaman dan ketersediaan kedua-dua agensi melalui kerjasama bersepadu bagi mematahkan sebarang niat

 

EKSESAIS SAMUDERA PERKASA TIMUR 
 
EKSESAIS SAMUDERA PERKASA TIMUR 3

KURSUS RAWATAN KECEMASAN ‘FIRST AID’ KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA ZM BINTULU

BINTULU, 19 Julai – Zon Maritim Bintulu telah mengadakan satu kursus Rawatan Awal Kecemasan kepada 38 Pegawai dan Pegawai Lain- Lain Pangkat semalam.

Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang rawatan awal kepada mangsa lemas dan lain-lain kecemasan sekiranya berlaku sekitar mereka.

Kursus ini turut menitikberatkan latihan praktikal melalui teknik CPR yang betul dengan menggunakan patung serta pendedahan teknik balutan luka yang berkesan kepada peserta yang hadir serta sesi soal jawab.

Sebelum berakhir, sesi penyampaian sijil, penyampaian cenderahati dan sesi bergambar telah diadakan bagi menghargai peserta dan penceramah yang hadir.

 

FIRST AID COURSE 2
 
FIRST AID COURSE 3
 
 FIRST AID COURSE 4

PENGARAH BAHARU MARITIM NEGERI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

KOTA KINABALU, 18 Julai – Mantan Ketua Staf Bahagian Operasi Laut, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik telah dilantik sebagai Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang baharu berkuatkuasa 10 Julai lalu.

Perlantikan itu dibuat adalah bagi menggantikan Laksamana Muda Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli bin Abdullah yang kini mengisi jawatan sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Majlis Serah Terima Tugas berkenaan telah disaksikan oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.

Datuk Saiful Lizan dalam ucapan beliau berkata, momentum yang telah dihasilkan oleh pengarah sebelum ini perlu diteruskan.

Justeru beliau berharap agar Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi dapat menerajui MN Sabah dan WP Labuan ke peringkat lebih tinggi serta terus komited dan bersiap siaga dalam apa jua keadaan.

Beliau menambah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai cabaran besar berikutan negeri itu berada dalam kadudukan geografi yang istimewa berbanding negeri lain dengan jumlah 492 pulau pada keluasan 84,003 kilometer persegi sepanjang persisir pantai 1,440 kilometer termasuk kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) di bawah pengoperasian ESSCOM.

Justeru Datuk Saiful Lizan berharap, perlantikan ini dapat memantapkan lagi operasi agensi dalam usaha memastikan keselamatan perairan negara khususnya negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan aman serta terkawal.

 

PENGARAH MN SABAH 3
 
PENGARAH MN SABAH 4
 
PENGARAH MN SABAH 5
 
PENGARAH MN SABAH

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC