10
Kha, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN AMANAT ULUNG KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA KEENAM

PUTRAJAYA, 6 November – Warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) perlu menekankan nilai integriti yang tinggi dalam memperkasakan agensi pada masa kini dan akan datang.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin menekankan perkara tersebut menerusi amanat ulungnya bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Maritim Malaysia, petang tadi di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Katanya, integriti menjadi teras pertama di mana prosedur operasi standard (SOP) kerja harus diperkukuhkan bagi menutup ruang-ruang yang membolehkan berlakunya gejala rasuah dan ketirisan dalam agensi.

Selain teras pertama iaitu integriti, beliau turut menekankan tentang pemerkasaan operasi sebagai teras kedua di mana perlunya keupayaan logistik yang cekap dalam memastikan aset-aset sentiasa bersiap siaga dan sentiasa optimum.

Warga juga disarankan untuk meningkatkan pengetahuan, pengalaman serta kemahiran warga kapal dan bot untuk beroperasi di laut, meningkatkan kemahiran dalam bidang siasatan dan perisikan termasuk tatacara memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah dan melaksanakan perancangan operasi penguatkuasaan dan CARILAMAT yang berkesan dan terancang.

Disamping itu, operasi turut diperkasakan melalui pengukuhan kerjasama strategik dengan agensi lain di dalam dan luar negara termasuk mengadakan pengurusan cekap seperti pengurusan kewangan, sumber manusia, perolehan dan segala yang berkaitan dalam operasi Maritim Malaysia secara langsung.

Penekanan teras tersebut juga dilakukan bersama teras yang ketiga dengan menjadikan Maritim Malaysia sebagai agensi yang kredibel dan berdaya saing bagi memastikan agensi sentiasa peka terhadap sebarang ancaman jenayah maritim, analisis dan penyelidikan.

Menurutnya, selain daripada ilmu pengetahuan di dalam bidang jenayah, pengetahuan yang tinggi juga diperlukan dalam bidang-bidang seperti International Relations bagi isu-isu Geopolitik, CARILAMAT, operasi penguatkuasaan serta pengurusan.

Majlis Perhimpunan Bulanan Maritim Malaysia yang diadakan secara ringkas itu turut dihadiri oleh pengarah-pengarah bahagian dan warga ibu pejabat, pegawai-pegawai kanan serta warga Maritim Negeri secara sidang video.

 

TOK MID 2
 
TOK MID 3
 
TOK MID 4

MAJLIS PEMAKAIAN PEMANGKUAN PANGKAT BAGI ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SABAH.

KOTA KINABALU, 10 November - Sebelas orang anggota lain-lain pangkat di Ibu Pejabat MN Sabah hari ini menerima pemangkuan pangkat dan majlis telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah & W.P Labuan pagi tadi.

Majlis Pemakaian Pangkat Maritim tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah & W.P Labuan Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik dengan turut diringi Pegawai Memerintah KM Arau Kepten (M) Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah.

Mendahului senarai penerima pemangkuan pangkat ialah Bintara Muda (M) Mohd Farizal bin Che Harum dari Skuadron Gempur Sabah dan Sarawak, Pasukan Tindakan Khas Kota Kinabalu dab beliau memangku Bintara Kanan Maritim Pasukan Tindakan Khas, Kota Kinabalu.

Diikuti senarai  lima Laskar Kanan (M) memangku Bintara Muda (M) dan lima Laskar Kelas I (M) memangku Laskar Kanan (M).

Seluruh Pengurusan Tertinggi dan warga MN Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota yang telah menerima pemangkuan pangkat tersebut. Semoga  amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

WhatsApp Image 2023 11 10 at 12.13.40   WhatsApp Image 2023 11 10 at 12.15.45
     
WhatsApp Image 2023 11 10 at 12.15.56   WhatsApp Image 2023 11 10 at 12.16.39

MARITIM NEGERI PULAU PINANG TERIMA KUNJUNGAN RASMI DARIPADA KONSULAT JENDERAL REPUBLIK INDONESIA

GEORGE TOWN, 2 November – Maritim Negeri Pulau Pinang memantapkan lagi jalinan kerjasama antara negara Malaysia dan Indonesia melalui kunjungan hormat oleh delegasi Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang pada awal pagi tadi.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, kunjungan hormat tersebut merupakan imej yang baik antara kedua - dua buah negara dalam mendaulatkan keselamatan perairan Malaysia dan Indonesia.

Kunjungan berkenaan juga adalah bertujuan memperkenalkan Pemangku Konsulat Jenderal Republik Indonesia yang baharu di Negeri Pulau Pinang.

Menurut Bapak Kiki, kunjungan itu juga adalah bagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada Maritim Negeri Pulau Pinang yang telah banyak memberikan kerjasama di negeri ini dalam menangani isu berkaitan bagi kedua - dua negara.

Kunjungan yang berlangsung selama satu jam itu telah dihadiri oleh Pemangku Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Bapak Kiki Tjahjo Kusprabowo, serta beberapa pegawai kehormat yang lain dalam pertemuan tersebut.

 

WhatsApp Image 2023 11 02 at 3.31.30 PM 2   WhatsApp Image 2023 11 02 at 3.31.30 PM 3   WhatsApp Image 2023 11 02 at 3.31.30 PM 4   WhatsApp Image 2023 11 02 at 3.31.30 PM 5

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJASAMA ANTARA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA DAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA BIL 15/2023

PUTRAJAYA, 3 November – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama (JKAT) antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan Tentera Laut Diraja Malaysia telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya pada 2 November 2023 (Khamis).

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid bin Mohd Amin bersama Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Bin Ithnain, Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL).

Objektif Mesyuarat antara kedua-dua perkhidmatan ini bertujuan untuk mengkaji, merancang serta mengemaskini segala perkara dasar, aktiviti operasi dan eksesais bersama.

Untuk rekod, pada tahun 2023 APMM dan TLDM telah melaksanakan EKSESAIS SAMUDERA PERKASA TIMUR yang julung kalinya diadakan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos 2023 melibatkan Maritim Negeri Sabah dan Markas Pemerintahan Armada Timur manakala EKSESAIS SAMUDERA PERKASA BARAT pula telah memasuki siri ke-6 dan telah diadakan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan Markas Wilayah Laut 1 bermula pada 17 hingga 23 Oktober 2023.

Kedua-dua Eksesais berkenaan telah diadakan di perairan Laut China Selatan.

Melalui kerjasama ini diharapkan sebarang isu berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara dapat ditangani bersama.

 

IMG 4084   IMG 4092   IMG 4141   IMG 4146

COAST GUARD GLOBAL SUMMIT DI TOKYO PENTAS PENTING BAGI MEMAJUKAN MARITIM MALAYSIA

TOKYO, 1 November – Malaysia mengekalkan komitmen bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman perairan serantau terpelihara daripada sebarang perlanggaran undang-undang dan akta seterusnya mengekal dan mengukuhkan hubungan erat antara agensi coast guard secara global.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim mewakili negara ke Persidangan ke-3 Ketua-Ketua Agensi Pengawal Pantai Sedunia (3rd Coast Guard Global Summit) melibatkan 90 Negara dan 9 agensi antarabangsa di Tokyo, Jepun dengan membawa harapan persefahaman dan pengukuhan hubungan antara agensi coast guard sedunia.

Menerusi persidangan itu, terdapat empat teras utama yang menjadi fokus iaitu melengkapkan dan memperhalusi perihal Meeting Guidelines and Procedures pada masa akan datang, Information Sharing Method, Coast Guard Global Human

Resources Development serta perkongsian terhadap Pioneer Activities of Unmanned/ Autonomous ships for Coast Guard Missions.

Maritim Malaysia secara aktif terlibat sepenuhnya dalam persidangan tersebut dengan komitmen untuk mencegah dan mengawal perlanggaran undang-undang di laut yang mana mempunyai cabaran kompleks dalam menanganinya.

Persidangan ini seterusnya membuat keputusan sebulat suara menegaskan bahawa maritime safety and security serta keterjaminan persekitaran laut merupakan asas utama kepada kelestarian komuniti maritim serantau dan sedunia amnya.

Ketua-ketua delegasi coast guard sedunia sebulat suara menegaskan kesediaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan maritim, kesediaan dalam menghulurkan bantuan semasa kecemasan dan bencana serta mengekalkan

keamanan di perairan maritim menerusi dukungan terhadap UNCLOS.

Ketua-ketua delegasi juga mengukuhkan pendirian terhadap bahaya Pemanasan Global, Pencemaran Persekitaran Lautan, IUU Fishing serta Transnational Organized Crime. Sehubungan itu usaha-usaha dalam peningkatan pemakaian teknologi seperti Unmanned/ Autonomous ships serta UAV diperhalusi untuk membantu dalam misi-misi coast guard.

Lanjutan persidangan itu, Maritim Malaysia turut dijemput dalam pertemuan bilateral bersama Vice Comandant Japan Coast Guard (JCG), Vice Admiral Yoshieu Seguchi dengan membincangkan hala tuju MOU sedia ada antara Maritim Malaysia dan JCG selain termasuk program-program perkembangan sumber manusia dan pembangun kapasiti antara dua agensi.

Maritim Malaysia juga dipertemukan dengan Chief of Indonesia Coast Guard, Vice Admiral Dr. Irvansyah, S.H menerusi satu sesi khas bagi mengukuhkan lagi hubungan dua agensi negara.

Dalam pertemuan itu, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful bagi pihak Maritim Malaysia mencadangkan agar HOT LINE Asia Coast Guard diwujudkan dan diterima serta dipersetujui

oleh BAKAMLA.

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan juga berkesempatan melaksanakan perjumpaan dan perbincangan dengan hampir 30 ketua-ketua agensi coast guard pelbagai negara serta agensi antarabangsa secara rasmi mahupun tidak rasmi.

 

TOKYO CG   TOKYO CG 2   TOKYO CG 3   TOKYO CG 5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC