PUTRAJAYA, 12 September – Seramai 11 peserta daripada tujuh buah Negara Asia iaitu Azerbaijan, Timur Leste, Laos, Thailand, Sri Langka, Pakistan dan Kemboja telah menyertai International Interdiction Boarding and Inspection Cource (IIBIC) di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan, Pahang.
Penganjuran kursus yang bermula pada 4 hingga 13 September 2023 ini adalah hasil kerjasama AMSAS, Maritim Malaysia dan Kementerian Luar Negeri (KLN) di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Hamid bin Hj Mohd Amin berkata, kursus yang dianjurkan selama sembilan hari ini adalah bertujuan untuk menajamkan kepakaran, memantapkan kemahiran interdiksi maritim (menggeledah) dalam operasi atau penguatkuasaan maritim.
Beliau berkata demikian dalam majlis penutup kursus yang diadakan di Hotel Mercure Living, Putrajaya di sini, hari ini.
Tambahnya, beliau berharap semoga para peserta dapat membawa pulang ilmu dan kenangan manis di Malaysia melalui sesi pembelajaran dalam kelas, lawatan ke sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya yang menawarkan pengalaman menyelami kehidupan dan budaya rakyat Malaysia termasuk berpeluang merasai pelbagai makanan yang lazat.
Selain itu, semua peserta dapat menjadi duta hospitaliti dan kepakaran Maritim Malaysia apabila pulang ke negara masing-masing.
Berbekalkan ilmu dan pengalaman baharu, para peserta dapat berkongsi kepakaran interdiksi seterusnya memupuk hubungan yang lebih mendalam merentas sempadan.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

