10
Kha, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

LAWATAN KERJA RASMI DAN KUNJUNGAN KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA KE ATAS KOMISIONER JENERAL PENJARA

KAJANG, 5 Januari – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin beserta delegasi telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi dan Kunjungan Hormat pertama ke atas Komisioner Jeneral Penjara pada Khamis, 4 Januari 2023.

Kehadiran delegasi Maritim Malaysia disambut mesra oleh Komisioner Jeneral Penjara, KJP Datuk Nordin Muhamad dan diiringi Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) TKJP Dato’ Ibrisam Abdul Rahman, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan KP Supri Hashim, Pengarah Pembangunan Profesionalisme TKP Mohamad Rosidek Musa, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran IPPM Puan Rosilah bin Abdullah dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia.

Di awal pertemuan itu, satu mesyuarat telah diadakan di antara Jabatan Penjara Malaysia dan Maritim Malaysia bagi membincangkan mengenai jalinan kerjasama dalam bidang penguatkuasaan maritim dan kepenjaraan.

Di akhir sesi kunjungan, Laksamana Maritim Datuk Hamid telah menandatangani buku tetamu dan sesi penyerahan cenderamata di antara kedua-dua pihak diadakan, kemudian delegasi dan pengurusan tertinggi Jabatan Penjara Malaysia ke sesi bergambar sebagai simbolik pengukuhan hubungan di antara kedua-dua perkhidmatan.

 

COURTESY PENJARA 3   COURTESY PENJARA 8   COURTESY PENJARA 9   COURTESY PENJARA 14

KM RAWA BAKAL PERKASA PENGUATKUASAAN PERAIRAN NEGERI PERAK

LUMUT, 2 Januari – Maritim Negeri Perak telah menerima KM RAWA setelah selesai menjalani pembaikan selama 10 bulan oleh pihak Limbungan Batu Maung Sdn. Bhd. hari ini.

Majlis itu disempurnakan di antara Pegawai Laksana KM RAWA, Leftenan Maritim Ibrahim Abdullah mewakili Pegawai Memerintah kapal dan wakil dari Limbungan Batu Maung Sdn. Bhd., Mr. Toh Bok Chee di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak pagi tadi.

Majlis itu disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya'akup dan wakil Limbungan Batu Maung Sdn. Bhd., Encik Ridwan bin Zainol serta warga Maritim Negeri Perak.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali, penerimaan KM RAWA ini bakal memperkasakan lagi penguatkuasaan Maritim Malaysia khususnya di perairan Perak dalam usaha membanteras kesalahan di Zon Maritim Malaysia (ZMM) terutamanya di negeri itu.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil dan Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Perak, Leftenan Komander Maritim Mohd Faiz bin Sujari.

 

RAWA LUMUT
 
RAWA LUMUT 2

TINGKATKAN KESEDARAN ANCAMAN DI LAUT SEWAKTU MUSIM CUTI SEKOLAH

PULAU PINANG, 26 Disember – Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang melaksanakan rondaan 'Preventive Search and Rescue' (SAR) di sekitar perairan Pulau Kendi dan Teluk Bahang sempena sambutan perayaan Hari Natal.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, pemantauan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia pada setiap masa yang terdiri daripada pasukan bertugas harian diatur gerak untuk melakukan rondaan secara rutin di pesisir pantai.

Tambah beliau, anggota yang melaksanakan rondaan pantai turut berkomunikasi secara langsung dengan komuniti maritim yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha bot penumpang dan bot pancing dengan mengedarkan pelekat maklumat keselamatan di laut.

Ketika keadaan cuaca yang tidak menentu, aktiviti pelancongan di sekitar perairan pantai juga dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan situasi semasa.

Inisiatif yang dimulakan pada 22 Disember sehingga hari ini itu bertujuan bagi membendung kejadian yang tidak diingini dan juga sebagai bantuan kecemasan serta merta jika berlakunya situasi berbahaya bagi mengurangkan kes kehilangan nyawa dan kerugian harta benda di laut.

Sehubungan itu, komuniti nelayan dinasihatkan sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan iklim yang tidak dijangka.

Penyebaran maklumat palsu mengenai kejadian ribut petir mahupun panggilan kecemasan di laut yang tidak sahih adalah dilarang sama sekali bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

Sebarang maklumat serta pelanggaran undang-undang dan CARILAMAT boleh disalurkan menerusi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2637481 untuk maklum balas segera.

 

SEDAR SAR

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN PENGARAH OPERASI MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 28 Disember – Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis yang baharu telah diadakan di Ruang Legar Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis pagi tadi.

Majlis itu telah dibuat di antara Kepten Maritim Saliza Ahmad kepada Kepten Maritim Mohammad Nasir Man sambil disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksmana Pertama Maritim Romli Mustafa.

Kepten Maritim Saliza Ahmad kini dilantik menjadi Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Dasar Penempatan dan Elaun, Bahagian Sumber Manusia, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Untuk rekod, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man pula telah menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Ibu Pejabat Maritim Malaysia sebelum beliau dilantik untuk memegang jawatan yang baharu ini.

DSCN0898   DSCN0857   DSCN0914

STESEN UDARA MARITIM SUBANG (SUMS) – KUNJUNGAN DAN LAWATAN OLEH SURUHANJAYA PERLANTIKAN KEHAKIMAN (JAC) KE SUMS

SUBANG, 22 Disember – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) menerima kunjungan dan lawatan delegasi Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini.

Tujuan kunjungan dan lawatan ini adalah bagi menjalinkan hubungan di antara SUMS dengan agensi yang melibatkan perundangan di Malaysia.

Delegasi JAC diketuai oleh Setiausaha Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, Qalam Zainuddin bin Sani bersama pegawai kanan dari JAC yang di sambut oleh Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan, Ketua Seksyen Operasi Komander Maritim Mohamad Redzuan bin Abdullah, Ketua Skuadron Amphibious Komander Maritim Muhammad bin Saad dan pegawai kanan dari SUMS.

Dalam kunjungan dan lawatan itu, kesemua delegasi diberi taklimat mengenai pengoperasian SUMS, pengenalan mengenai aset-aset serta pengenalan daripada 'Resque Swimmer' berkenaan operasi dan peralatan yang dimiliki unit tersebut.

Selain itu, para deligasi turut diberi penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh SUMS dalam memastikan operasi penguatkuasaan maritim di negara ini sentiasa berada dalam tahap kesiap siagaan tertinggi pada setiap masa.

 

SUMS JAC   SUMS JAC 2   SUMS JAC 3   SUMS JAC 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC