10
Kha, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI DALAM NEGERI

TAWAU, 16 Disember – Majlis Ramah Mesra Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama pengurusan tertinggi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Sabah sempena lawatan kerja beliau ke Tawau, Sabah telah diadakan pada malam tadi.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin serta ucapan daripada Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi.

Kemuncak majlis diteruskan dengan penyampaian ucapan Menteri Dalam Negeri, yang menzahirkan penghargaan kepada warga KDN khususnya yang berada di kawasan Pantai Timur Sabah.

Beberapa isu penting turut diberi perhatian kepada Maritim Malaysia seperti persediaan penguatkuasaan di sempadan Malaysia-Indonesia, perolehan aset baharu, perjanjian persefahaman Malaysia-Japan dan kerjasama dengan negara-negara luar.

Beliau turut berbangga dengan prestasi Maritim Malaysia yang sering mendapat perhatian daripada negara berkuasa besar. Beliau juga berharap agar pada tahun hadapan keupayaan aset beroperasi menjadi fokus bagi memperkasakan penguatkuasaan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan dari kedua dua pihak dan sesi beramah mesra.

Turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik, Pengarah - Pengarah Bahagian Ibu Pejabat serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi bawah Kementerian Dalam Negeri.

 

MDN TAWAU 3   MDN TAWAU 4   MDN TAWAU 7

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KM LANGKAWI

KUANTAN, 13 Disember – Majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah KM LANGKAWI telah diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh, semalam.

Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Suhairy bin Hussain, pegawai-pegawai kanan, pegawai memerintah kapal, ketua-ketua bot serta warga KM LANGKAWI.

Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas di antara Pemangku Pegawai Memerintah KM LANGKAWI, Leftenan Komander Maritim Mohd Nasaruddin bin Mohamed dengan mantan Pegawai Memerintah KM LANGKAWI, Komander Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin dalam ucapannya turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Leftenan Komander Maritim Mohd Nasaruddin serta menzahirkan penghargaan kepada mantan Pegawai Memerintah KM LANGKAWI, Komander Maritim Mohd Marmizi atas jasa dan bakti beliau sepanjang menjawat jawatan tersebut.

 

WhatsApp Image 2023 12 14 at 11.45.51 AM   WhatsApp Image 2023 12 14 at 11.45.52 AM 1   WhatsApp Image 2023 12 14 at 11.45.53 AM

KUNJUNGAN DAN LAWATAN KOREA COAST GUARD KE BAHAGIAN CARILAMAT DAN BANTUAN BENCANA (BCLBB) IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 13 Disember – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima kunjungan dan lawatan daripada delegasi Korea Coast Guard (KCG) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.

Delegasi KCG telah diketuai oleh Section Chief of SAR Division Korea Coast Guard, Superintendent Su-Young Choi bersama pegawai-pegawai kanan KCG yang disambut oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB), Kepten Maritim Mohd Ariz Bin Md Kassim.

Delegasi Korea Coast Guard telah diberi taklimat mengenai koordinasi operasi CARILAMAT kemudian dibawa ke Pusat Operasi Maritim Malaysia (POMAR) dan Maritime Rescue Command Centre (MRCC).

Tujuan kunjungan dan lawatan ini diadakan adalah bagi meneruskan jalinan kerjasama strategik antara Korea Coast Guard dan Maritim Malaysia sebagai agensi peneraju CARILAMAT antara Malaysia dan Korea Selatan bagi memperkukuhkan hubungan dua hala di antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2023 12 13 at 11.49.38 AM   WhatsApp Image 2023 12 13 at 11.49.38 AM 1   WhatsApp Image 2023 12 13 at 11.49.41 AM   WhatsApp Image 2023 12 13 at 11.49.42 AM 2

LAWATAN KERJA RASMI KETUA SUMS KE PANGKALAN UDARA SUBANG TUDM

SUBANG, 13 Disember – Ketua Stesen Udara Maritim Subang (KSUMS), Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang siang tadi.

Ketibaan KSUMS bersama delegasi disambut mesra Pemangku Komander Pangkalan Udara Subang, Kolenal Yusri bin Jamari TUDM.

Lawatan kerja rasmi itu antara tujuannya adalah bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara pasukan serta berkongsi pengalaman dalam hal-hal semasa berkaitan dunia penerbangan terutamanya dalam memastikan perairan negara kekal sejahtera dan selamat.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Ketua Skuadron Amphibious SUMS, Komander Maritim Muhammad Bin Saad.

 

SUMS VISIT 2   SUMS VISIT 3   SUMS VISIT 4   SUMS VISIT

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT UNODC GLOBAL MARITIME CRIME PROGRAMME COORDINATOR

PUTRAJAYA, 12 Disember – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin telah menerima kunjungan hormat daripada Programme Coordinator (Southeast Asia and The Pacific), UNODC Global Maritime Crime Programme, Mr. Shanaka Jayasekara pada jam 5.30 petang tadi.

Delegasi UNODC Global Maritime Crime Programme turut disambut oleh Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.

Kunjungan ini adalah buat julung kalinya diadakan oleh UNODC ke atas Laksamana Maritim Datuk Hamid setelah dilantik menjadi Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang baharu.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memelihara hubungan baik dan menjalinkan kerjasama berterusan oleh kedua-dua pihak selain menjadi platform bertukar-tukar pandangan terutamanya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang di laut.

 

WhatsApp Image 2023 12 12 at 5.49.27 PM   WhatsApp Image 2023 12 12 at 5.49.27 PM 2   WhatsApp Image 2023 12 12 at 5.49.28 PM   WhatsApp Image 2023 12 12 at 5.49.28 PM 1

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC