SANDAKAN, 14 JULAI – Zon Maritim Sandakan telah berjaya mencatat sebanyak 37 kes tangkapan sepanjang tahun 2024 bermula Januari hingga Jun lalu dengan nilai rampasan dianggarkan melebihi RM1.2 juta.
Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, jumlah kes tangkapan ini hampir menyamai jumlah kes tangkapan pada tahun 2022, iaitu sebanyak 47 kes dengan nilai rampasan lebih RM86 ribu serta 42 kes pada tahun 2023 dengan nilai rampasan melebihi RM270 ribu.
Menurut Datuk Saiful, kes tangkapan yang berjaya dilakukan membuktikan bahawa Maritim Malaysia, khususnya Zon Maritim Sandakan, serius dalam membanteras aktiviti jenayah dan salah laku di laut terutamanya di perairan Sandakan.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Kembara Sahabat Maritim 2024 di Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, Pulau Timbang Sandakan, hari ini.
Turut hadir sama Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik, Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sabah, Tuan Ibrahim bin Othman serta Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, Tuan Osman bin Ghani.
Datuk Saiful dalam pada itu turut memaklumkan kejayaan kes tangkapan ini turut dibantu oleh maklumat yang disalurkan oleh orang ramai, khususnya komuniti maritim seperti nelayan yang mengetahui setiap gerak-geri serta aktiviti yang berlaku di perairan negara.
Beliau berharap komuniti maritim terus menjadi 'mata dan telinga' kepada Maritim Malaysia, agar aktiviti salah laku dan jenayah di laut dapat dibendung, seterusnya memastikan perairan negara selamat dan sejahtera.
Beliau juga berharap program bersama komuniti seperti Sahabat Maritim dapat dilaksanakan secara berkala agar kerjasama dan persefahaman antara Maritim Malaysia dan komuniti maritim dapat diperkukuhkan lagi.
Program Kembara Sahabat Maritim 2024 ini adalah langkah proaktif Maritim Malaysia dalam mempererat hubungan dengan komuniti maritim, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan maritim, serta memastikan perairan negara terus selamat daripada ancaman bahaya.
Melalui pelbagai aktiviti dan program yang dirancang, Maritim Malaysia yakin dan percaya keselamatan dan kesejahteraan perairan negara akan terus terpelihara. Terdahulu, Program Kembara Sahabat Maritim ini telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 12 hingga 14 Julai.
Antara pengisian program adalah tinjauan potensi pelancongan di perairan Sandakan bersama wakil dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sabah, kempen penanaman 100 juta pokok bersama Jabatan Perhutanan Sabah, saringan kesihatan dan kempen derma darah melalui Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, taklimat dan pameran dari pelbagai agensi kerajaan yang terlibat serta penyerahan jaket keselamatan kepada komuniti nelayan setempat.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

