LAHAD DATU, 13 JANUARI – Zon Maritim Lahad Datu mencatatkan kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung pada hari terakhir Pesta Pantai X Mesra Maritim yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 Januari di Kampung Tanjung Batu, Tungku, Lahad Datu.
Pengarahnya, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali memaklumkan, program ini mendapat kerjasama erat daripada penduduk Kampung Tanjung Batu dan turut disokong oleh FELDA Sahabat serta FGV Felda Sahabat.
Turut hadir ke program ini ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik sebagai tanda sokongan.
Jelasnya, program sebegini membawa impak positif terhadap imej Agensi selain mampu mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama dengan komuniti setempat, khususnya di daerah Tungku.
Program yang bermula pada 10 Januari itu diwarnai dengann pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan bola tampar, pertandingan busana tradiisonal, perlumbaan bot laju, persembahan kebudayaan serta Fun Run (Larian Santai).
Terdapat juga, ruang pameran yang menempatkan reruai jabatan kerajaan termasuk Maritim Malaysia di bawah kelolaan Zon Maritim Lahad Datu, kaunter pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Health Care yang mendapat perhatian pengunjung yang hadir ke program berkenaan.
Kemuncak acara berlangsung pada malam 11 Januari, iaitu dengan pengisian program kerohanian yang menampilkan dua panel penceramah jemputan, Ustazah Hajarah binti Muharram dari Sekolah Kebangsaan Bangingod, Lahad Datu dan Ustazah Farah Hazimah binti Abdul Jaid serta Ustazah Yusnida binti Yusoflatif, iaitu pengerusi Ummahat Humairah selaku moderator.
Majlis penutupan program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N60 Tungku, YB Assafal @ Samsul Kamal bin Hj Panglima Alian, yang turut menyempurnakan gimik perasmian nama baharu Pantai Pasusul.
Menurutnya, beliau memuji usaha dan komitmen yang ditunjukkan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang di Lahad Datu.
“Inisiatif yang ditunjukkan Maritim Malaysia dalam menjalinkan kerjasama strategik bagi mendekati komuniti maritim wajar dipuji secara tidak langsung mendidik masyarakat mengenai kepentingan mematuhi undang-undang dan memupuk kesedaran keselamatan di laut,” katanya.
Beliau yang turut diiringi Komander Maritim Dzulfikhar turut menyaksikan persembahan demonstrasi bot SEALEGS BANGGI 36 oleh para anggotannya untuk gimik pelancaran yang menjadi tarikan utama para pengunjung yang hadir ke program tersebut.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

